Harian Metro

HUFFAZ 41 HARI

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Pelajar pecah rekod hafal 30 juzuk melalui Program Tahfiz Integrasi An Nur

Seorang bekas pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar di sini, membuktika­n kemampuan menghafaz al-Quran dalam tempoh 41 hari melalui Program Tahfiz Integrasi An Nur (PTI).

Kejayaan Muhammad Muttaqin Suhaimi, 18, sekali gus memecah rekod program anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) yang menyasarka­n hafazan minimum 20 juzuk selama tiga bulan bagi melahirkan generasi huffaz profesiona­l bukan saja mahir ilmu duniawi, malah ukhrawi.

Turut membanggak­an sebahagian peserta juga menghafal 15 juzuk dalam tempoh kurang sebulan dalam program berkenaan yang juga siri kedua sejak ia dimulakan tahun lalu.

Muhammad

Muttaqin yang juga anak sulung daripada tujuh beradik mengakui perasaanny­a bercampur gembira dan sayu apabila menghafal 30 juzuk al-Quran.

“Alhamdulil­lah dengan izin Allah saya menghafaz 30 juzuk al-Quran yang menjadi panduan hidup dan menjaga diri daripada perkara tidak baik, malah saya berasa lebih dekat dengan Allah selain kehidupan juga lebih teratur.

“Tiada rahsia, tetapi apa yang penting kita perlu ada kemahuan, keyakinan serta rasa cinta kepada al-Quran dan saya juga kurangkan makanan masam dan banyak minum air selain bantuan teknik hafalan An Nur,” katanya di Pusat Latihan Tahfiz Integrasi An Nur di Kampung Permatang Pasir Panjang di sini, semalam.

Menurutnya, dia menghafaz al-Quran mengikut empat slot waktu ditetapkan iaitu bermula selepas Subuh sehingga jam 8 pagi dan meneruskan lagi dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari diikuti jam 2.30 sehingga 4.30 petang serta pada waktu malam.

“Saya hafaz sebelum memperdeng­arkan di hadapan ustaz bermula dengan lapan muka surat dan yang paling banyak 25 muka surat sehari,” katanya yang juga bekas ketua umum sekolah.

Muhammad Muttaqin berkata, dia hanya ada asas hafalan juzuk Amma sebelum menyertai PTI dan sebelum ini hanya menghafal beberapa surah pendek dan terpilih di sekolah.

Katanya, ibunya, Noor Khasnah Md Diat, 46, yang memberi usul menghantar­nya mengikuti PTI selain kecenderun­gan sendiri mahu bergelar huffaz sejak usia 13 tahun menjadi pendorong dapat menamatkan hafazan lebih cepat.

“Saya bercita-cita mahu menjadi ustaz dan pendakwah. Mak juga sarankan saya sambung pengajian dalam bidang Usuludin di Mesir dan program ini sebagai persediaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Latihan Tahfiz Integrasi An Nur Mohd Hanif Nasaruddin berkata, program tahun ini ada 50 peserta membabitka­n 35 perempuan dan 15 lelaki.

“Tahun lalu, kami ada 50 peserta dengan 26 peserta menghafaz 30 juzuk dalam tempoh tiga bulan dan untuk tahun ini kami sasarkan sepenuhnya,” katanya yang memaklumka­n program tahun ini bermula 29 Disember lalu.

Dalam pada itu, Pengerusi YDKMM Ahmad Umair Zulkefli berkata, peserta membabitka­n lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Menurutnya, PTI juga menawarkan modul seperti aktiviti kesukarela­wan, keusahawan­an dan kepemimpin­an dengan mengasah bakat dalam aspek komunikasi dan ujian personalit­i bagi membantu meningkatk­an jati diri peserta sebagai persediaan memasuki universiti.

 ??  ?? M U HAM MAD Muttaqin menghafal al-Quran mengikut empat slot waktu ditetapkan sebelum memperdeng­arkan di hadapan ustaz.
M U HAM MAD Muttaqin menghafal al-Quran mengikut empat slot waktu ditetapkan sebelum memperdeng­arkan di hadapan ustaz.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia