Harian Metro

Zul Ariffin terus berahsia

-

Kuala Lumpur: Pelakon popular Zul Ariffin, 32, masih berteka-teki mengenai hubunganny­a dengan wanita warga Ukraine yang dikatakan sudah berkahwin dengannya tahun lalu.

Zul ketika ditanya mengenai statusnya hanya memberi bayangan hubungan mereka berada di tahap tersendiri.

Sebelum ini, hubungan antara Zul dengan wanita dikenali sebagai Tanya Glembotska itu kembali hangat apabila gambar percutian mereka di negara jiran tular di laman sosial sejak Januari lalu.

Tanya menerusi Instagram memuat naik gambarnya bersama Zul dan merujuk pelakon itu sebagai suaminya.

“Hari ini saya mempunyai percutian yang cukup istimewa dan saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada suami saya. Saya sangat bahagia bersama awak,” tulis Tanya.

Menurut Zul, dia tidak boleh komen mengenai perkara itu berdasarka­n komen yang ditulis orang lain.

“Saya tak tahu nak cakap apa apabila dia mendakwa saya suaminya. Saya juga tidak boleh kata dia syok sendiri. Saya tidak mahu nafikan atau iyakan. Semua orang boleh beri tanggapan, tengok sajalah!” katanya.

Zul berkata, jika dia berkahwin, ia tidak akan dilakukan secara senyap-senyap. Ia juga tidak akan didakan secara mewah sebaliknya ringkas saja.

“Saya rasa adalah normal jika sebelum ini atau pada masa depan saya ada apa-apa hubungan. Ia bukanlah perkara asing,” katanya.

Namun, Zul terkejut kerana masih ada pihak masih mahu mengambil tahu mengenai perkara itu.

“Saya tak kisah jika mereka hanya ingin mengambil tahu, tetapi jika bertujuan untuk mengutuk dan mengecam, ia tidak baguslah. Namun, jika mereka tetap nak bercakap buruk mengenai perkara itu, ia tidak memberi kesan kepada saya. Saya tetap bangun pagi minum kopi dan makan nasi goreng seperti biasa,” katanya.

Ditanya sama ada wanita itu marah kerana dikecam netizen berikutan tindakanny­a memuat naik gambar mereka berdua, Zul beranggapa­n wanita itu tidak tahu dan tidak faham.

“Dia tidak tahu. Kalau dia tahu, entahlah Sebagai pelakon, saya sudah biasa dikecam sejak awal lagi,” katanya.

 ??  ?? ZUL Ariffin
ZUL Ariffin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia