Harian Metro

CUACA PANAS SAMPAI HUJUNG MAC

-

Fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat Semenanjun­g dan Sabah dijangka berterusan hingga hujung Mac ini.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorolog­i Malaysia

(MetMalaysi­a) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, cuaca panas yang berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung monsun timur laut.

“Lazimnya, ketika fasa akhir monsun timur laut ini memang berlaku kenaikan suhu ekoran kekurangan hujan apabila suhu yang dicatatkan sekarang adalah 34 hingga 36 darjah Celsius berbanding suhu biasa 32 hingga 34 darjah Celsius.

“Negeri di bahagian utara iaitu Perlis, Kedah dan di bahagian utara Perak mencatatka­n suhu sehingga 37 darjah Celsius.

“Bagaimanap­un, ia tidak berlaku setiap hari dan setakat ini kita tidak nampak (jangka) ia (suhu) akan sampai hingga 40 darjah Celsius di negeri berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Hisham berkata, bagaimanap­un fenomena cuaca panas itu tidak berlaku di negeri pantai timur dan Sarawak.

Mohd Hisham berkata, taburan hujan yang dicatatkan di kebanyakan negeri terbabit pada bulan ini adalah rendah berbanding bulan lain.

“Bulan Februari memang taburan hujan dicatatkan sangat rendah terutama di negeri utara apabila ada tempat langsung tidak menerima hujan.

“Kebanyakan negeri di utara mencatatka­n hujan di bawah

50 milimeter

(mm) dengan bilangan hari hujan yang dicatatkan hanya lima hari sebulan.

“Stesen Meteorolog­i Chuping sudah 27 hari tidak merekodkan hujan. Biasanya hujan dicatatkan adalah purata 15 hari sebulan. Di Lembah Klang pula purata hujan dicatatkan bulan ini adalah 150mm berbanding 300mm pada bulan lain,” katanya.

Mohd Hisham berkata, suhu tinggi berlaku sekitar 2 hingga 4 petang di negeri pantai barat manakala di Sabah adalah sekitar jam 1 tengah hari hingga 3 petang.

“Bagaimanap­un, cuaca panas dijangka berakhir pada pertengaha­n peralihan monsun iaitu sekitar hujung Mac hingga Mei kerana ketika peralihan monsun, kadar hujan dijangka meningkat dan suhu dijangka beransur menurun,” katanya.

Ditanya sama ada cuaca panas terjadi berikutan fenomena El Nino, Mohd Hisham berkata, fenomena itu tidak memberi impak yang signifikan kepada cuaca negara ketika ini.

“Sekarang adalah proses pembentuka­n El Nino. Bagaimanap­un, El Nino yang dijangka berlaku adalah agak lemah dan kebarangka­lian terjadi adalah 65 peratus. Impaknya kepada negara tidak signifikan kecuali di Sabah kerana negeri itu terletak berhampira­n Lautan Pasifik apabila El Nino berlaku berikutan pemanasan suhu di Lautan Pasifik,” katanya.

Fenomena biasa melanda negara pada penghujung monsun timur laut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia