Harian Metro

10 kawasan di Sabah tak hujan lebih 7 hari

- BERNAMA

Kota Kinabalu: Sepuluh kawasan di negeri ini tidak menerima hujan lebih tujuh hari berturut-turut dengan Kuala Penyu paling lama iaitu 17 hari sehingga kelmarin.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah dalam kenyataann­ya di sini, semalam berkata, lapan lagi kawasan lain ialah Ranau, Kudat, Keningau, Penampang, Sandakan, Tuaran, zon pedalaman dan pantai barat.

JAS turut merekodkan bahagian pantai barat (Tuaran-Mesilau, Ranau) diikuti Penampang dan Kudat tidak menerima hujan selama 13 hari manakala Ranau dan Tuaran (12 hari), Keningau (11 hari), pedalaman dan Sandakan (7 hari).

Menurut kenyataan itu, berikutan cuaca panas dan kering, pemantauan mendapati ada pertambaha­n titik panas yang berulang dikesan di Beaufort, Keningau, Sook dan Kuala Penyu.

“Ada juga faktor pembakaran terbuka dari kawasan perumahan. Sehubungan itu, semua pihak diminta bekerjasam­a dan tidak memburukka­n keadaan dengan melakukan pembakaran terbuka hingga menjejaska­n kualiti udara setempat.

“Kerjasama semua pihak diperlukan untuk menjaga kawasan tanah masing-masing dan membantu memadamkan kebakaran kecil agar tidak merebak, termasuk melaporkan segera kepada JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727, jika ada sesiapa memulakan pembakaran hingga merebak ke kawasan hutan.

“Setakat ini, dua kompaun dikeluarka­n terhadap individu yang menyebabka­n kebakaran besar di Beaufort dan Sook. Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti pemilik tanah yang terbabit,” katanya.

Sementara itu, sepanjang tahun lalu hingga kini, sebanyak 24 kompaun dikeluarka­n kepada individu, premis industri dan tapak pembinaan yang melakukan pembakaran terbuka.

Individu yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 atau denda RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Untuk menyemak indeks kualiti udara semasa, orang ramai boleh melayari http://apims.doe.gov.my atau memuat turun aplikasi mobile MyIPU bagi mengetahui kualiti udara bagi stesen pemantauan kualiti udara yang terdekat.

 ??  ?? PEJALAN kaki menggunaka­n payung berikutan cuaca panas yang melanda negeri Kedah. KEADAAN Sungai Gombak yang airnya kelihatan surut akibat musim panas yang berpanjang­an.
PEJALAN kaki menggunaka­n payung berikutan cuaca panas yang melanda negeri Kedah. KEADAAN Sungai Gombak yang airnya kelihatan surut akibat musim panas yang berpanjang­an.
 ??  ?? SEORANG lelaki melalui kawasan kering dan berdebu berikutan cuaca panas di Kota Kinabalu.
SEORANG lelaki melalui kawasan kering dan berdebu berikutan cuaca panas di Kota Kinabalu.
 ??  ?? KELIHATAN fatamorgan­a yang terhasil daripada cuaca panas di landasan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu .
KELIHATAN fatamorgan­a yang terhasil daripada cuaca panas di landasan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia