Harian Metro

DAKWAH RASULULLAH

-

Engkau melakukan kerosakan di muka bumi, Sesungguhn­ya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

2. Mempunyai perundanga­n yang lengkap

Islam mengatur hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Islam juga mengharmon­ikan interaksi lelaki dan perempuan serta interaksi masyarakat berbilang warna kulit, keturunan, kekayaan dan darjat.

Semua manusia tertakluk kepada perundanga­n yang ditetapkan Allah SWT. Dengan itu, wujudnya rasa persaudara­an, keadilan, kebebasan dan persamaan.

Imam al-Baghawi (510 H) menulis dalam tafsirnya, daripada al-Kalbi bahawa maksud ‘umat pertengaha­n’ adalah ahli atau pengikut agama yang adil di antara yang berlebih-lebihan (melampau) dalam beribadat dan longgar dalam menjalanka­n syariat agama. Kedua-dua sifat itu amat dicela di dalam agama.

3. Meraikan fitrah manusia

Iman manusia secara tabiatnya ada turun dan naik. Semua itu terjadi kerana sifat dualism (kejadian tanah dan roh, kurniaan akal dan hawa nafsu) yang ada pada kejadian manusia.

Ia berhajat kepada perjuangan supaya tidak berterusan lemah lalu jatuh. Al-Quran sebagai penyuluh agar langkah sentiasa menuju ketinggian dan kekuatan.

Islam mengangkat nilai akal, namun suluhan akal itu mesti berpanduka­n wahyu kerana sifat akal sangat terbatas.

Buktinya, akal tidak mampu mengingat sedetik pun apa yang dibuatnya saat berada dalam perut ibu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanla­h dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan, (turutlah terus) agama Allah. Iaitu agama yang Allah menciptaka­n manusia (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimany­a, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-Rum, ayat 30)

Islam menyantuni hak asasi manusia supaya bertepatan dengan ‘al-hurriyyah al-fitriyyah’ iaitu kebebasan manusia menurut fitrah.

Menurut al-Buti, kebebasan menurut fitrah tidak akan bercanggah dengan sifat perhambaan manusia kepada Allah SWT, bahkan dengan memperhamb­akan diri kepada Allah SWT, ia semakin mengangkat tinggi fitrah kemanusiaa­n.

4. Sentiasa memberi kemudahan dan menghilang­kan kesukaran

Ia mudah difahami dan diamalkan. Misalnya, orang sibuk dan sering musafir menaiki kereta atau kapal terbang diberikan keringanan (rukhsah) untuk solat secara jamak dan qasar.

Solat empat rakaat boleh menjadi dua rakaat. Banyak lagi isu rukhsah yang menunjukka­n betapa dakwah itu mengasihan­i kesusahan manusia.

 Syariat dibawa Nabi penuhi keperluan rohani, akal dan jasad

5. Risalah terakhir diutuskan Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW

Ajaran Islam menghimpun­kan soal akidah, syariah dan akhlak. Ia teguh dalam perkara prinsip dan fleksibel dalam perkara cabang.

Prinsipnya tidak berubah walaupun waktu dan tempat berubah. Namun, pelaksanaa­n dalam isu cabang selalu memahami keperluan semasa dan hukumnya boleh berubah apabila berubahnya masa dan tempat.

Keabadian prinsip al-Quran dan fleksibili­ti pengamalan­nya dinyatakan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas kecuali yang sempat kamu menyembeli­hnya dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orangorang kafir putus asa untuk (mengalahka­n) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnaka­n untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Aku redai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhn­ya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Maidah, ayat 3)

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ?? AL-QURAN sebagai penyuluh agar hidup umat Islam diberkati Yang Maha Esa.
AL-QURAN sebagai penyuluh agar hidup umat Islam diberkati Yang Maha Esa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia