Harian Metro

Sunat bersugi sebelum berwuduk

-

berkumur-kumur terlebih dahulu.

Adakah perbuatan berkumur-kumur itu masih dikira sebagai sunat wuduk?

Sekiranya berkumurku­mur itu dilakukan sebelum memasukkan air ke dalam hidung, maka ia dikira sebagai sunat wuduk dan diberi ganjaran pahala.

Tetapi sekiranya dilakukan selepas memasukkan air ke dalam hidung, maka luput pahala sunatnya.

3. Bolehkah berwuduk dengan berniat untuk mengerjaka­n satu solat saja?

Imam Zarkasyi memetik fatwa Imam Baghawi menyebut jika berniat mengambil wuduk hanya untuk mengerjaka­n satu solat saja, maka wuduknya tidak sah.

Begitu juga jika dia berniat mengambil wuduk untuk membolehka­n dia mengerjaka­n solat pada tempat bernajis, maka wuduknya juga tidak sah.

Berlainan jika dia berwuduk pada waktu karahiyah (waktu dilarang bersolat padanya) untuk melakukan solat yang tidak ada sebab pada waktu itu, maka wuduknya dikira sah kerana adanya perceraian antara keduaduany­a.

Solat pada waktu karahiyah kadang-kadang diharuskan sekiranya ada sebab mengharusk­annya tidak kira sama ada sebab itu mendahului­nya atau muqaranah (serentak) seperti solat tahiyat al-masjid apabila seseorang masuk ke dalam masjid atau hendak melakukan solat jenazah.

Berlainan dengan solat di tempat bernajis, solatnya tetap dikira tidak sah.

4. Sekiranya seseorang sentiasa berhadas seperti wanita istihadah berwuduk dengan niat untuk mengangkat wuduk. Adakah sah wuduknya?

Sah wuduk orang yang sentiasa dalam keadaan berhadas ketika berwuduk dia berniat, “Sahaja aku mengangkat wuduk” atau “Sahaja aku menunaikan fardu wuduk” atau “Sahaja aku berwuduk”.

Tetapi tidak sah jika dia berniat “Sahaja aku mengangkat hadas”. Ini kerana wuduk berkenaan hanya untuk mengharusk­an solat dalam keadaan darurat, tidak mengangkat hadasnya.

Sumber: Kitab Furu’ Al-Masa’il wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia