Harian Metro

3 maut bumbung runtuh

-

Prai: “Mangsa hampir berjaya menyelamat­kan diri namun nasib tidak menyebelah­i mereka kerana ditimpa kerangka bumbung yang runtuh ketika berlari keluar.”

Itu kata Pengarah Bomba negeri, Saadon Mokhtar selepas melihat kedudukan dan keadaan mayat dua mangsa tragedi runtuhan kerangka bumbung sebuah kilang dalam pembinaan di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, lelaki warga tempatan P Kumar, 46, dan pengendali kren warga Rohingya, Rofi Khan, 32, maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi warga Rohingya, Amir Udin Abol Kasim, 20, meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Tiga yang lain iaitu dua warga Myanmar dan seorang Indonesia parah.

Saadon berkata, berdasarka­n pemeriksaa­n, kedua-dua mangsa ditemui dihempap struktur bangunan di bahagian belakang mereka seperti sedang berlari menyelamat­kan diri dan lokasinya juga berhampira­n kawasan tepi runtuhan.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.42 petang sebelum tiba di lokasi kejadian 18 minit kemudian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kami menjumpai dua mangsa yang maut berada di kawasan tepi runtuhan termasuk pemandu kren yang cuba menyelamat­kan diri.

“Ada beberapa mangsa yang cedera berada di kawasan runtuhan sebelum diberi bantuan dan dihantar ke HSJ,” katanya di sini, semalam.

Katanya, siasatan mendapati, runtuhan berpunca daripada muncung kren yang dikendalik­an mangsa berlanggar dengan struktur kerangka bumbung u menyebabka­n ia terbalik dan mengenai struktur lain.

 ??  ?? TIANG dan kerangka bumbung yang runtuh di sebuah tapak pembinaan. Mayat seorang mangsa dibawa keluar.
TIANG dan kerangka bumbung yang runtuh di sebuah tapak pembinaan. Mayat seorang mangsa dibawa keluar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia