Harian Metro

‘Dia banyak simpan rahsia’

-

“Menantu saya baik dan sangat bertanggun­gjawab, tetapi dia agak perahsia orangnya.

“Saya hairan kenapa dia dibunuh kejam,” demikian kata Siti Rohmah,54, ibu mentua mangsa pembunuhan kejam di Malaysia, Ujang Nuryanto, 37.

Menurut wanita itu, dia kerap berkunjung ke rumah Meli Rahmawati, 33, sejak anaknya itu melahirkan anak ketiga, pertengaha­n tahun lalu.

“Dia (Nuryanto) jarang bercakap dengan saya kerana mungkin sentiasa sibuk menguruska­n perniagaan.

“Sepanjang pengetahua­n saya, menantu dan anak saya tidak pernah ada masalah, malah mereka bahagia sejak bernikah pada 2001 lalu,” katanya.

Katanya, Meli agak sedih apabila menerima berita kematian suaminya, tetapi reda.

“Keadaan Meli sekarang agak sedih tambahan lagi suaminya meninggal dunia ketika anaknya masih kecil dan bersekolah.

“Tetapi sebagai ibu, saya menitipkan nasihat buatnya bahawa setiap orang jalan pengakhira­nnya berbeza. Ini semua bahagianny­a dan ketentuan takdir Ilahi yang harus diterima,” katanya.

Peguam kepada warga Indonesia yang dibunuh kejam, Hermawan mendedahka­n Ujang Nuryanto, 37, pernah diugut sebelum pemergiann­ya menuntut hutang ke Malaysia.

Hermawan yang juga rakan kepada mangsa berkata, ancaman berkenaan berkaitan dengan perniagaan­nya hingga mengakibat­kan anak guam dan keluargany­a berasa rasa tidak selamat.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia