Harian Metro

Polis perlu tunggu keputusan ujian DNA

-

Petaling Jaya: Identiti dua mayat tidak sempurna ditemui dalam sungai berhampira­n Desa Coalfields, Sungai Buloh pada 26 Januari lalu hanya boleh disahkan selepas hasil keputusan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) diperolehi.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya sudah mengambil cap jari mangsa dan sampel darah daripada ahli keluarga individu dipercayai mempunyai pertalian dengan kedua-dua mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, berdasarka­n prosedur operasi standard (SOP), sampel darah dan cap jari yang diambil akan diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengenal pasti identiti mangsa.

“Dalam kes ini, sampel darah dan cap jari sudah dihantar dan (polis) masih menunggu keputusan, sama ada sepadan atau tidak dengan individu yang tampil sebagai ahli keluarga itu.

“Kami sedia maklum dengan maklumat diperolehi daripada polis Indonesia yang mengesahka­n identiti seorang daripada mangsa.

“Setakat ini, kami hanya boleh sahkan kedua-dua mangsa adalah warga asing, namun pengesahan penuh identiti akan dibuat sebaik menerima keputusan (DNA) berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media majlis penganuger­ahan Kontijen dan Daerah Terbaik Op Selamat 14 sempena Tahun Baru Cina 2019 di Persada PLUS, di sini, semalam.

Katanya, keputusan DNA itu dijangka diperolehi dalam masa terdekat ini.

“Dua lelaki warga asing masih direman sehingga 25 Februari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan baru dibuat berhubung kes itu,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan Meli Rahmawati, 33, isteri kepada seorang ahli perniagaan tekstil Indonesia, Ujang Nuryanto, 37, menuntut keadilan terhadap suaminya yang dipercayai dibunuh dengan kejam.

Nuryanto dikatakan datang ke Malaysia bagi mengutip hutang daripada beberapa pengusaha di Malaysia yang dianggarka­n berjumlah RM547,000.

Sementara itu, Ketua Biro Penerangan Masyarakat Polis Republik Indonesia (POLSI) Brigidier Jeneral Dedi Prasetyo dipetik mengesahka­n salah satu mayat itu disahkan sebagai Nuryanto berdasarka­n 12 titik kesamaan pada cap jari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia