Harian Metro

TERPAKSA BERPISAH

-

Kehidupan lima beradik berubah selepas kematian ibu bapa

RM1,100 sebulan sebagai pembantu kedai, dia membahagik­annya kepada tiga adik yang tinggal berasingan bagi mengurangk­an beban keluarga yang membesarka­n mereka.

Nor Haiza yang tinggal di Kampung Pok Besar, Gelang Patah di sini, berkata, kehidupan mereka sekeluarga berubah selepas kedua-dua ibu bapa meninggal dunia dalam dua kejadian berasingan.

“Bapa, Mohd Fairuz Md Amin meninggal dunia pada 18 Disember 2017 akibat asma manakala ibu, Nor Masnitah Ahmad Jalani meninggal dunia pada 27 Disember lalu.

“Ibu meninggal dunia selepas saya tamat menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyebabka­n kami lima beradik buntu tidak tahu bagaimana mahu meneruskan kehidupan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, bagi meringanka­n bebannya, ibu saudara dan nenek yang tinggal di Kota Tinggi menjaga adik perempuan berusia 16 tahun serta adik lelaki bongsu berusia 7 tahun sejak awal tahun lalu manakala adik perempuan berusia 14 tahun tinggal di asrama di Batu Pahat.

“Kini, hanya saya bersama adik perempuan berusia 12 tahun tinggal bersama di rumah keluarga dan terus terang, setiap hari saya rindukan adik.

“Selama ini, kami tidak pernah berpisah namun demi masa depan mereka saya rasa lebih sesuai bagi mereka tinggal di rumah saudara-mara selain asrama,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Ambank Haiza 8881030369­947.

 ?? Nor Haiza Mohd Fairuz ?? GAMBAR kenangan bersama keluarga sempena Aidilfitri tiga tahun lalu. Selama ini, kami tidak pernah berpisah, namun demi masa depan mereka saya rasa lebih sesuai bagi mereka tinggal di rumah saudara-mara selain asrama”
Nor Haiza Mohd Fairuz GAMBAR kenangan bersama keluarga sempena Aidilfitri tiga tahun lalu. Selama ini, kami tidak pernah berpisah, namun demi masa depan mereka saya rasa lebih sesuai bagi mereka tinggal di rumah saudara-mara selain asrama”
 ??  ?? NOR Haiza bersama Nor Masnitah (kanan).
NOR Haiza bersama Nor Masnitah (kanan).
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia