Harian Metro

DUDA TERSELAMAT

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Lelaki bebas tuduhan bunuh warga Bangladesh

Seorang duda terlepas hukuman gantung sampai mati selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Bangladesh di Banting, tiga tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datin Zalita Zaidan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie ke atas Mohd Adil Ab Sahud, 33.

Zalita dalam penghakima­nnya berkata, mahkamah membuat penilaian maksimum selepas meneliti keterangan semua saksi pendakwaan.

“Pendakwaan bagaimanap­un tiada memanggil saksi penting atau utama dalam kes ini sekali gus gagal membuktika­n prima facie,” katanya.

Mengikut

pertuduhan, Mohd Adil bersama tiga yang masih bebas didakwa membunuh Abdul Kudus di Taman Medan Sijangkang, Banting, kira-kira jam 9 pagi, 10 April 2016.

Justeru, tertuduh yang juga penganggur beranak satu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, mangsa dipercayai disamun beberapa individu di dalam sebuah bas lalu cuba menyelamat­kan diri dengan terjun dari kenderaan itu.

Bagaimanap­un, mangsa dikatakan dipukul dengan objek tumpul di bahagian kepala sebelum ditemui orang awam terbaring di tepi jalan.

Mangsa disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Devinderji­t Kaur Gill manakala tertuduh diwakili peguam Wan M Razali Wan A Kadir.

 ??  ?? MOHD Adil (kanan) terlepas tali gantung apabila dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam atas pertuduhan membunuh.
MOHD Adil (kanan) terlepas tali gantung apabila dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam atas pertuduhan membunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia