Harian Metro

Kes paderi hilang masih dalam siasatan

-

Kes kehilangan Paderi Raymond Koh masih dalam inkuiri polis dan belum ada perkembang­an baharu mengenai kes berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor

Rashid Ibrahim berkata, setakat ini tiada petunjuk baru dapat membantu pihak polis dalam kes berkenaan.

“Polis akan melihat hasil inkuiri kes ini terlebih dulu dan menunggu arahan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembang­an siasatan kes itu pada sidang media selepas merasmikan majlis penganuger­ahan Op Selamat 14 Tahun Baru Cina 2019 di Persada PLUS di sini, semalam.

Pada Rabu lalu, keluarga paderi berkenaan mengemukak­an memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahka­n siasatan baharu mengenai kehilangan Koh dan tiga individu lain yang mempunyai profil sosio-agama yang serupa.

Jurucakap Kumpulan Tindakan Rakyat terhadap Penculikan (Caged), Rama Ramanathan dilaporkan berkata, kehilangan beliau adalah masalah hidup dan mati serta masalah nasional berkaitan penculikan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang paderi diculik pada 13 Febuari 2017 ketika dalam perjalanan untuk bertemu rakannya.

Koh atau nama sebenarnya, Keng Joo Koh didakwa hilang selepas dilarikan sekumpulan lelaki yang berkonvoi menggunaka­n beberapa kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia