Harian Metro

‘EKSPEDISI’ JENAYAH 8 JAM

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Perjalanan darat selama lapan jam selain perlu menaiki kapal terbang. Itu keadaan yang perlu ditempuh sepasukan pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas ketika mahu menyerahka­n notis tahanan kepada seorang lelaki di Kampung Buduk Bui di Ba’Kelalan di sini, Rabu lalu.

Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan jam 6.30 petang selepas polis menerima laporan daripada isteri suspek yang mendakwa dicederaka­nnya, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superinten­dan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis terpaksa menaiki pesawat komersial dari Lawas ke Ba’Kelalan kerana tiada akses laluan darat ke daerah berkenaan.

Menurutnya, selepas tiba di Ba’Kelalan, polis kemudianny­a perlu menaiki pacuan empat roda menggunaka­n jalan balak untuk tiba di kampung berkenaan.

“Suspek didapati mencederak­an isterinya berusia 55 tahun menggunaka­n tali sehingga menyebabka­n lebam pada tubuhnya.

“Siasatan awal mendapati suspek mendakwa isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain menyebabka­n dia berang dan memukul mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, polis turut merampas tali yang digunakan suspek untuk mencederak­an isterinya.

Beliau berkata, suspek dan rampasan kemudian dibawa ke IPD Lawas untuk siasatan lanjut.

“Polis kini membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324/326 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan,” katanya.

 Anggota IPD Lawas naik pesawat, pikap untuk tahan suspek pukul isteri

 ??  ?? SUSPEK
SUSPEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia