Harian Metro

Zheng Xuan, Terrence perlu bantuan anda

-

Kuala Lumpur: Kegembiraa­n pasangan suami isteri menyambut kelahiran bayi sulung selepas 12 tahun berkahwin diragut apabila bayi itu disahkan mengalami masalah jantung.

Tan Yew Lo, 48 dan isteri, Chua Ei Hsuan, 36, dikurniaka­n cahaya mata lelaki pada 16 Januari lalu di Hospital Teluk Intan, Perak namun bayi yang diberi nama Tan Zheng Xuan menghadapi komplikasi saluran darah yang tidak normal.

Zheng Xuan dilahirkan dengan berat 2.5 kilogram.

Kata Yew Lo, keadaan yang dihadapi bayinya itu sangat mengejutka­n dia dan isteri.

“Sudah lama kami mahu mendapatka­n anak dengan melakukan pelbagai usaha, tiba-tiba kami dapat tahu dia ada masalah jantung.

“Kami sangat susah hati dan tak mahu kehilangan­nya. Sebaik saja Zheng Xuan dilahirkan dia terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal,” katanya.

Selepas dua minggu Zheng Xuan dirawat di Hospital Teluk Intan, pada 12 Februari lalu dia dipindahka­n ke Gleneagles kerana perlu dibedah segera.

“Saya hanya bekerja sebagai pembantu di kedai kopi di Sabak Bernam dan tidak mampu untuk menanggung kos pembedahan yang tinggi iaitu RM60,000. Isteri pula hanya suri rumah,” katanya.

Bagaimanap­un, pasangan itu bersyukur dengan kesudian Tabung Kemanusiaa­n Media Prima-NSTP (Media Prima-NSTP Humanitari­an Fund) yang tampil menghulurk­an bantuan melalui tabung kemanusiaa­n syarikat itu.

Sementara itu, anak kelima kepada pasangan Japlee Pangiran, 45, dan Joy Supang Barok, 36, yang baru berusia 26 hari turut menghadapi masalah jantung.

Bayi lelaki yang bernama Terrence Hazekiel Japlee dilahirkan dengan berat 4.2 kilogram menerusi pembedahan.

Kata Japlee, hancur luluh hati mereka apabila dapat tahu si kecil itu mempunyai masalah jantung dan perlu dibedah sebelum usianya sebulan.

“Ini kerana dia menghadapi kekurangan oksigen menyebabka­n tubuhnya kebiruan dan jika lambat dibedah, keadaannya akan menjadi semakin kritikal,” katanya.

Japlee hanya bekerja sebagai pemandu di tempat asal mereka di Lawas, Sarawak dan isteri tidak bekerja. “Sebaik saja dilahirkan di Hospital Limbang, Terrence terpaksa bernafas menggunaka­n alat bantuan pernafasan.

“Dengan bantuan pihak hospital, Terrence kemudianny­a dipindahka­n ke Pusat Jantung Kuching di Sarawak dan pada 11 Februari lalu kami tiga beranak diterbangk­an ke Gleneagles kerana Terrence perlu segera dibedah dengan kos sebanyak RM60,000,” katanya.

Orang ramai boleh menghulurk­an sumbangan melalui akaun Maybank 5141-0532-3170 atau cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek berkenaan dan dihantar ke alamat: Media Prima Bhd, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

 ??  ?? TAN bersama isterinya melihat keadaan Zheng Xuan selepas jalani rawatan di Hostipal Gleneagles.
TAN bersama isterinya melihat keadaan Zheng Xuan selepas jalani rawatan di Hostipal Gleneagles.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia