Harian Metro

Dua minggu tahan 1,035 kaki judi

-

1,035 kaki judi termasuk warga emas ditahan dalam tempoh dua minggu Ops Limau dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1 Februari lalu.

Semua yang ditahan membabitka­n 965 lelaki dan 70 wanita tempatan berusia antara 20 hingga 68 tahun yang terbabit dalam permainan judi seperti judi lumba kuda, judi bola ping pong, judi tong kaw, holo dan tau ngau.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7)

Bukit Aman, Datuk

Rohaimi Md Isa berkata, Ops Limau itu dijalankan susulan peningkata­n perjudian sempena Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, sepanjang tempoh 14 hari Ops Limau juga, sebanyak 176 serbuan dijalankan termasuk di premis judi haram, restoran serta kediaman.

Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas wang pertaruhan berjumlah RM650,896.

“Ops Limau dijalankan setiap tahun sempena Tahun Baharu Cina dan bagi tahun ini, operasi bermula sejak 1 Februari lalu hingga 24 Februari.

“Kaki judi paling muda ditahan berusia 20 tahun, manakala paling tua berusia 68 tahun,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini, semalam.

Rohaimi berkata, menerusi operasi itu juga, polis menggempur kegiatan sindiket perjudian simulator di sebuah rumah kedai di Ipoh, Perak pada Sabtu lalu.

Katanya, dalam serbuan itu, sindiket judi simulator berkenaan menggunaka­n alat kawalan jauh bagi membolehka­n kaki judi bertaruh menerusi aplikasi dipancarka­n menggunaka­n projektor.

“Ia dipercayai bagi membolehka­n kaki judi bertaruh secara beramai-ramai seperti judi Wukong, permainan slot maharaja dan mesin tembak ikan,” katanya.

 ??  ?? ROHAIMI menunjukka­n statistik Ops Limau pada sidang media di Bukit Aman, semalam.
ROHAIMI menunjukka­n statistik Ops Limau pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia