Harian Metro

AJAL REMPUH LORI ROSAK

Pemandu treler maut, empat cedera dalam nahas di lorong kecemasan

- Rosman Shamsudin am@hmetro.com.my

Seorang pemandu treler maut manakala empat cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan di Kilometer 362.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini, semalam.

Kemalangan jam 7 pagi itu membabitka­n sebuah treler, lori dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux milik PLUS Ronda.

Kejadian itu menyebabka­n pemandu treler, Hosnan Jambari, 59, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di badan.

Ketua Polis Daerah Muallim Superinten­dan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan itu turut menyebabka­n pemandu kenderaan PLUS Ronda berusia 39 tahun parah maSeramai nakala pemandu lori dan dua penumpang PLUS Ronda turut cedera.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori berkenaan rosak kira-kira jam 6 pagi dan mendapatka­n bantuan PLUS Ronda sebelum Toyota Hilux milik PLUS Ronda berhenti di hadapan lori berkenaan di lorong kecemasan.

“Dalam proses membantu dan memeriksa lori berkenaan secara tiba-tiba datang treler yang dipandu mangsa sebelum ia dipercayai hilang kawalan dan merempuh bahagian kanan belakang lori sebelum terbalik.

“Akibat kemalangan itu, pemandu treler meninggal

“Dalam proses membantu dan memeriksa lori berkenaan secara tiba-tiba datang treler yang dipandu mangsa sebelum ia dipercayai hilang kawalan dan merempuh bahagian kanan belakang lori sebelum terbalik” Wan Kamarul Azran

dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Slim River untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataann­ya di sini, semalam.

Wan Kamarul Azran berkata, kemalangan itu turut menyebabka­n empat yang lain cedera termasuk seorang parah dan kesemua mereka dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

Menurutnya, mangsa yang parah kemudianny­a dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan lanjut berikutan mengalami pendarahan dalaman di bahagian perut.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? BAHAGIAN kanan lori remuk teruk selepas dirempuh treler dalam kemalangan maut di Kilometer 362.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, semalam.
BAHAGIAN kanan lori remuk teruk selepas dirempuh treler dalam kemalangan maut di Kilometer 362.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia