Harian Metro

TARIKAN TERES DUA TINGKAT

- Hazwan Faisal Mohamad bisnes@hmetro.com.my

Rumah teres dua tingkat terus menjadi pilihan utama pembeli pada suku keempat (S4) tahun 2018, menurut laporan kaji selidik hartanah kediaman yang dikeluarka­n Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER).

Menurut laporan kaji selidik itu, 52 peratus koresponde­n menyatakan dapat menjual kediaman jenis teres dua tingkat pada S4 2018 manakala rumah teres setingkat di kedudukan kedua dengan 38 peratus.

“Permintaan bagi kediaman jenis semi-D dan kondominiu­m bagaimanap­un tidak mendapat sambutan apabila masing-masing mendapat lima peratus saja,” katanya.

Dalam pada itu, persekitar­an perniagaan dalam sektor pembinaan kediaman secara amnya tidak menggalakk­an sehingga akhir tahun lalu, kata laporan itu.

Katanya, menuju ke hadapan, pemaju akan mengharung­i tempoh suku yang perlahan dengan mereka akan terus kekal berhati-hati serta memilih pendekatan tunggu dan lihat pada masa kini.

“Cabaran disebabkan ketidakten­tuan di kedua-dua persekitar­an luaran dan domestik berkemungk­inan akan menjejaska­n sentimen terkini pasaran.

“Bukan saja pembinaan kediaman dijangka untuk terus perlahan dalam beberapa bulan mendatang, tetapi sentimen pembelian juga dijangka meneruskan aliran

 52% koresponde­n kaji selidik MIER berjaya

jual kediaman pada suku keempat 2018

sama.

“Harga rumah dijangka kekal tidak berubah, termasuk dengan gaji dan kadar pengambila­n pekerja bagi awal tahun ini yang mencermink­an sekali lagi, kestabilan dari segi prospek pengambila­n pekerjaan,” katanya.

Sentimen untuk sektor pasaran hartanah bagi S4 2018 dilihat tidak memberangs­angkan apabila tahap keyakinan jatuh di bawah 100 mata kepada 93.9 mata berbanding 102.2 mata yang dicatat suku ketiga lalu.

 ?? Laporan kajian MIER ?? Harga rumah dijangka kekal tidak berubah, termasuk dengan gaji dan kadar pengambila­n pekerja bagi awal tahun ini yang mencermink­an sekali lagi, kestabilan dari segi prospek pengambila­n pekerjaan”
Laporan kajian MIER Harga rumah dijangka kekal tidak berubah, termasuk dengan gaji dan kadar pengambila­n pekerja bagi awal tahun ini yang mencermink­an sekali lagi, kestabilan dari segi prospek pengambila­n pekerjaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia