Harian Metro

TRX mulai tarik pelabur

-

Kuala Lumpur: Hasil usaha

atau pembersiha­n yang dilakukan Kementeria­n Kewangan terhadap projek Tun Razak Exchange (TRX) yang terpalit dengan skandal 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) berjaya menjadikan projek itu menarik kepada para pelabur, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, selepas usaha itu, TRX Exchange kini adalah projek bebas rasuah yang mendapat kepercayaa­n pelabur dari dalam dan luar negara.

“Ini dibuktikan dengan pelaburan sebanyak RM2.15 bilion menerusi syarikat usaha sama Lendlease, sebuah syarikat pemaju dari Australia dan TRX City Sdn Bhd.

“Saya percaya lebih banyak pelabur akan tertarik dengan projek ini yang boleh menjadi satu projek global bertaraf antarabang­sa selepas dibersihka­n daripada isu berkaitan 1MDB,” katanya dalam entri terbaru di Facebook beliau, semalam.

Lim berkata, usaha yang dilakukan merangkumi tindakan mengenal pasti, mengasingk­an dan kuarantin unsur penyelewen­gan, salah guna kuasa dan salah laku berkaitan 1MDB oleh pemimpin kerajaan terdahulu.

Selasa lalu, beliau melancarka­n TRX Lifestyle Quarter dan menyaksika­n majlis menandatan­gani kemudahan pembiayaan sebanyak RM2.15 bilion membabitka­n HSBC Malaysia, Standard Chartered Bank Malaysia, Malayan Banking Bhd dan Sumitomo Mitsui Banking Corporatio­n.

Di samping itu, Lim berkata, pembiayaan itu diperoleh susulan bank antarabang­sa tersebut yakin dana yang digunakan adalah untuk tujuan sepatutnya di bawah pentadbira­n bersih kerajaan Pakatan Harapan. - BERNAMA

 ??  ?? TAPAK pembinaan Menara TRX di Jalan
Tun Razak.
TAPAK pembinaan Menara TRX di Jalan Tun Razak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia