Harian Metro

SDAP perkenal model edisi khas lebih sporty PIKAT PELAWAT MUSLIM

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sime Darby Auto Performanc­e (SDAP), pengimport rasmi jenama Porsche di Malaysia memperkena­lkan model edisi khas 718 Cayman SportDesig­n untuk pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Christophe­r Hunter berkata, model itu terhad kepada 15 unit saja dengan tawaran pilihan warna Racing Yellow, Guards Red dan Carrara White Metallic dan dijual pada harga RM625,000.

“Selepas membuat penampilan sulung dua tahun lalu, model ini kini hadir dengan pilihan pakej yang lebih sporty.

“Model ini disasarkan kepada mereka yang inginkan sebuah kenderaan untuk kegunaan harian tanpa mengorbank­an aspek sporty jentera itu,” katanya pada majlis pelancaran 718 Cayman SportDesig­n Series, semalam.

Taiwan melaksanak­an pelbagai usaha dalam menambahba­ik persekitar­an sektor pelanconga­nnya untuk pasaran Muslim sejajar dengan peningkata­n pelancong Muslim ke negara itu setiap tahun.

Pengarah Biro Pelanconga­n Taiwan Kuala Lumpur, Abe Chou berkata, Taiwan turut menjadi salah satu destinasi popular yang berada di kedudukan kelima bagi kategori Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berdasarka­n Indeks Kembara Muslim Global (GMTI).

Beliau berkata, pelancong Muslim juga tidak perlu bimbang apabila melancong ke negara itu kerana kebanyakka­n stesen pengangkut­an dan 13 pusat pelanconga­n kebangsaan Taiwan turut dilengkapi fasiliti yang mesra kepada komuniti Muslim.

“Apa yang penting, kini terdapat lebih 176 restoran dan hotel mempunyai pensijilan berkaitan halal khusus untuk pelancong dari pasaran ini.

“Antara tambah baik lain termasuk kemudahan seperti aplikasi Taiwan Tour dan Halal-TW bagi pelancong Muslim untuk mencari sendiri fasiliti yang mesra Muslim di Taiwan,” katanya pada sidang media Pameran MATTA dan Taiwan, semalam.

Pada majlis itu, Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) mengumumka­n Taiwan sebagai Destinasi Pilihan Asia bagi pameran yang akan berlangsun­g pada 15 hingga 17 Mac depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

 Taiwan laksana pelbagai usaha tambah baik persekitar­an sektor pelanconga­n

 ??  ??
 ??  ?? ABE Chou (tengah) pada sidang media Pameran MATTA dan Taiwan, semalam.
ABE Chou (tengah) pada sidang media Pameran MATTA dan Taiwan, semalam.
 ??  ?? CHRISTOPHE­R (kiri) pada pelancaran 718 Cayman SportDesig­n Series, semalam.
CHRISTOPHE­R (kiri) pada pelancaran 718 Cayman SportDesig­n Series, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia