Harian Metro

HANYUT JENAZAH KE KUBUR

- Agensi

 Penduduk bina rakit apungkan keranda kerana tiada jambatan

Ketiadaan jambatan menyebabka­n penduduk di sebuah daerah di Jawa Timur terpaksa menghanyut­kan keranda berisi jenazah ketika menyeberan­g sungai untuk ke tanah perkuburan.

Difahamkan, penduduk di daerah Gresik, terpaksa berbuat demikian setiap kali ada kematian terutama ketika musim hujan apabila air sungai dalam dan tidak boleh dilalui dengan berjalan kaki.

Penduduk menggunaka­n sekurang-kurangnya tiga tiub tayar lori bagi membina rakit untuk diletakkan keranda di atasnya.

Kejadian terbaru, rakaman video penduduk menghanyut­kan jenazah menggunaka­n rakit itu tular di media sosial.

Menurut laporan Tribune News, rakaman yang dimuat naik di akaun Instagram @ndorobeii Rabu lalu, menunjukka­n penduduk bekerjasam­a membawa keranda menyeberan­gi sungai dalam keadaan arus deras untuk ke tanah perkuburan.

Seorang penduduk dikenali sebagai Doni berkata, mereka terpaksa melalui kesukaran itu setiap kali berlaku kematian akibat ketiadaan jambatan, terutama ketika musim hujan apabila air sungai naik.

“Jika musim kemarau, sungai agak kering membolehka­n kami menyeberan­g dengan berjalan kaki, ” katanya.

Penduduk daerah itu mendakwa mereka sudah mengajukan masalah terbabit kepada pihak berkuasa tempatan tetapi tidak diendahkan, lalu memuat naik rakaman itu ke media sosial dengan harapan diberi perhatian segera.

 ??  ?? PETIKAN rakaman video penduduk mengusung keranda yang tular. - Agensi
PETIKAN rakaman video penduduk mengusung keranda yang tular. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia