Harian Metro

100,000 bayi meninggal dunia setiap tahun konflik bersenjata

-

Munich: Sekurang-kurangnya 100,000 bayi meninggal dunia setiap tahun disebabkan konflik bersenjata dan akibatnya, daripada kelaparan kepada ketiadaan bantuan.

Menurut pertubuhan Save the Children Internatio­nal, dianggarka­n 550,000 bayi mati akibat peperangan antara 2013 dan 2017 di 10 negara paling teruk terjejas, iaitu Afghanista­n, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Iraq, Mali, Nigeria, Somalia, Sudan Selatan, Syria dan Yaman.

Mereka menjadi mangsa perang dan kesannya termasuk, kelaparan, kerosakan hospital dan infrastruk­tur, kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan dan kebersihan serta ketiadaan bantuan.

Kanak-kanak turut berhadapan ancaman dibunuh atau mengalami cacat anggota, direkrut kumpulan bersenjata, diculik atau menjadi mangsa keganasan seksual.

“Hampir satu dalam lima kanak-kanak tinggal di kawasan yang terjejas akibat konflik, lebih tinggi daripada biasa sejak dua dekad lalu.

“Bilangan kanak-kanak yang terbunuh atau cacat bertambah lebih tiga kali ganda, dan kami melihat peningkata­n membimbang­kan dalam penggunaan bantuan sebagai senjata perang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif pertubuhan itu, Helle Thorning-Schmidt, ketika membentang­kan laporan di Sidang Kemuncak Keselamata­n Munich.

Save the Children berkata, kajian yang diselia daripada Institut Penyelidik­an Keamanan Oslo mendapati 420 kanak-kanak tinggal di kawasan terjejas akibat konflik pada 2017.

Ini mewakili 18 peratus daripada semua kanak-kanak seluruh dunia dan bertambah 30 juta daripada tahun sebelumnya. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia