Harian Metro

GANTUNG SAMPAI MATI

-

 Mahkamah jatuhkan

hukuman terhadap dua lelaki bunuh penasihat

Aung San Suu Kyi

Mahkamah Myanmar di sini, semalam, menjatuhka­n hukuman mati terhadap dua lelaki yang membunuh peguam beragama Islam yang juga penasihat Aung San Suu Kyi.

Peguam itu, Ko Ni yang kerja dan agamanya menjadi sasaran kebencian nasionalis Buddha di media sosial, ditembak di kepala dari jarak dekat di luar lapangan terbang Yangon pada Januari 2017 ketika mendukung cucu lelakinya.

Hakim Khin Maung Maung menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati terhadap Kyi Lin yang turut menembak mati pemandu teksi ketika cuba melarikan diri.

Bagaimanap­un, menurut Amnesty Internatio­nal, hukuman mati di Myanmar sudah tidak dilaksanak­an sejak 10 tahun lalu.

Kyi Lin turut dihukum penjara 23 tahun dengan kerja keras kerana memiliki senjata serta menyebabka­n kematian pemandu teksi, Nay Win, yang mengejarny­a.

Rakannya, Aung Win Zaw, yang turut berada di lapangan terbang, juga dijatuhkan hukuman mati.

Dua lagi tertuduh, Zeya Phyo dan Aung Win Tun, yang membantu dalam pembunuhan itu masing-masing dijatuhkan hukuman penjara lima dan tiga tahun.

Pembunuhan terbuka itu mengejutka­n Myanmar dan berlaku lapan bulan selepas Suu Kyi menjadi penasihat kerajaan.

Ko Ni adalah penasihat undang-undang kepada parti Liga Kebangsaan Demokrasi pimpinan Suu Kyi yang terbabit dalam pasukan meminda perlembaga­an dibuat tentera sejak 2008 yang memberi kuasa kepada tentera mengawal pertahanan serta kerusi di Parlimen.

Perbicaraa­n itu dikritik kerana mengambil masa panjang selain dua suspek adalah bekas tentera manakala suspek utama masih bebas.

 ??  ?? KYI LIN ketika perbicaraa­n di mahkamah. - Agensi
KYI LIN ketika perbicaraa­n di mahkamah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia