Harian Metro

PM India ikrar balas serangan

-

New Delhi/Srinagar: Perdana Menteri India, Narendra Modi, berikrar memberi ‘balasan kuat’ terhadap serangan bom menyebabka­n 44 polis separa tentera India terbunuh di Kashmir, dengan menyalahka­n Pakistan terhadap kejadian itu.

Serangan terhadap konvoi tentera di Jammu dan Kashmir itu adalah yang terburuk sejak India memerangi pemberonta­kan di wilayah terbabit.

“Kita akan memberi jawapan yang tegas, kita tidak boleh membiarkan jiran kita membawa huru-hara,” kata Modi di sini, semalam.

Perdana Menteri itu mengadakan pertemuan dengan penasihatn­ya bagi membincang­kan tindakan balas terhadap serangan yang mencetuska­n kemarahan di media sosial dan menuntut dibalas.

Kumpulan

Jaish-e-Mohammad (JeM) yang beroperasi di Pakistan mengaku bertanggun­gjawab tidak lama selepas penyerang nekad merempuh kereta yang sarat dengan bom terhadap bas membawa Pasukan Simpanan Polis itu.

Kerajaan India mendakwa ia mempunyai bukti Pakistan terbabit dalam serangan itu, dakwaan yang dinafikan Pakistan.

India dan Pakistan sudah dua kali berperang sejak merdeka daripada Britain pada 1947.

Kashmir pula terbelah dua, masing-masing ditadbir India dan Pakistan.

Serangan besar terakhir di Kashmir ialah pada 2016 apabila militan menyerang kem tentera India di Uri, membunuh 20 askar. Modi membalas dengan serangan tepat terhadap kedudukan kumpulan pemisah di sempadan Kashmir Pakistan. Reuters

 ??  ?? BANTAHAN yang menjadi ganas, termasuk membakar kenderaan di Pulwama, Kashmir, India, semalam, menyebabka­n kerajaan melaksanak­an perintah berkurung. Perusuh membakar lapan kereta selain merosakkan lebih 50 lagi kenderaan. - EPA
BANTAHAN yang menjadi ganas, termasuk membakar kenderaan di Pulwama, Kashmir, India, semalam, menyebabka­n kerajaan melaksanak­an perintah berkurung. Perusuh membakar lapan kereta selain merosakkan lebih 50 lagi kenderaan. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia