Harian Metro

Ditahan biayai militan Daish Malaysia

-

Singapura: Rakyat Singapura yang menyediaka­n sokongan kewangan kepada militan Daish dari Malaysia, ditahan mengikut Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) negara itu.

Menurut kenyataan Kementeria­n Dalam Negeri semalam, ahli perniagaan, Mohamed Kazali Salleh, 48, disyaki menjadi ‘rakan rapat’ kepada Mohamad Aquil Wan Zainal Abidin, dipercayai militan senior dari Malaysia yang menyertai Daish di Syria.

Mohamed Kazali yang tinggal di Johor, membiayai perjalanan Mohamad Aquil ke Syria pada hujung 2013 dan berterusan memberinya bantuan kewangan selepas itu.

Sebagai balasan, Mohamad Aquil memaklumka­n maklumat terkini keadaannya serta perkembang­an di medan perang.

Menurut kenyataan itu, Mohamed Kazali semakin radikal sehingga mengakui setia kepada pemimpin Daish, Abu Bakr al-Baghdadi.

Dia berkongsi aktiviti Mohamad Aquil di Syria melalui media sosial bagi menarik lebih ramai bersedia ke Syria dan bersedia membiayain­ya.

Disember lalu, dia menerima arahan daripada Mohamad Aquil supaya melakukan serangan di Johor namun tidak melakukann­ya kerana bimbang ditahan.

Mohamed Kazali ditahan pihak berkuasa Malaysia Disember lalu, sebelum dihantar pulang ke Singapura dan sejak itu ditahan mengikut ISA yang membenarka­n penahanan tanpa bicara selama dua tahun.

Singapura menahan seorang lagi, Hazim Syahmi bin Mahfoot, 28, pengekspor­t kereta terpengaru­h dengan Mohamed Kazali. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia