Harian Metro

KESILAPAN POLIS BAWA MAUT

- Agensi

Satu pasangan suami isteri terbunuh selepas kereta mereka naiki merempuh bas ketika dikejar sekumpulan kereta polis yang tersilap, menyangka kereta itu dinaiki perompak di barat London, Ahad lalu.

Menurut laporan Daily Mail, Patrick McDonagh, 19, dan isterinya, Shauna, 18, yang sarat mengandung, terbunuh selepas kereta jenis Renault Megane yang dinaiki, terbabas dan merempuh bas ketika dikejar 10 kereta polis, kira-kira jam 9 malam.

Sebelum itu, polis memburu empat suspek yang merompak tiga mangsa menggunaka­n pisau memburu dan pemutar skru kira-kira 17 kilometer dari Pinner, Harrow.

Salah seorang mangsa rompakan yang berusia 30 tahun ditumbuk di muka sebelum kumpulan itu melarikan diri bersama wang tunai dan barangan kemas.

Polis mengejar kereta pasangan itu yang disangka dinaiki perompak selama 10 minit sebelum kereta itu terbabas dan merempuh bas.

Pertanyaan timbul kenapa polis mengejar kereta pasangan terbabit namun sehingga kini, Scotland Yard enggan mengulas.

Selain pasangan yang terbunuh itu, seorang lelaki dalam kereta itu cedera dan kini dirawat di hospital.

Pejabat bebas pemantau polis (IOPC) yang menyiasat kes itu mengesahka­n ketiga-tiga mereka bukan kumpulan penjenayah yang terbabit dalam kejadian rompakan.

“McDonagh dan Shauna disahkan mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa yang berada di dalam kereta itu cedera dan dihantar ke hospital,” kata kenyataan pejabat itu.

Menurut IOPC, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut untuk meneliti maklumat yang diterima polis serta rasional di sebalik tindakan mereka yang mengejar kereta itu.

 Suami isteri terbunuh rempuh bas ketika

dikejar sekumpulan kereta polis

 ??  ?? KEADAAN kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan selepas dikejar polis. Gambar kecil, McDonagh dan Shauna. - Agensi
KEADAAN kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan selepas dikejar polis. Gambar kecil, McDonagh dan Shauna. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia