Harian Metro

Perlu saling membantu

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Artis sepatutnya tidak keberatan untuk turut sama promosi karya lakonan mereka

Tugas sebagai pelakon bukan hanya terhenti di set penggambar­an saja tetapi turut bertanggun­gjawab mempromosi­kan karya yang dibintangi.

Namun, ada segelintir pelakon sukar memberikan kerjasama apabila diminta mempromosi­kan drama, telefilem atau filem di media sosial masing-masing.

Syarikat produksi tentunya inginkan kerjasama yang baik daripada pelakon untuk turut sama memperkena­lkan karya lakonan mereka.

Berikut adalah komen daripada beberapa penggiat seni berkenaan isu ini.

FADZIL TEH (PENERBIT)

“Berdasarka­n pengalaman saya, ada artis yang mengenakan bayaran tambahan untuk mereka promosikan karya lakonan di media sosial.

Ada pula yang kena pujuk sampaikan terpaksa dihasilkan material khas supaya dia muat naik atau kongsi maklumat karya lakonan mereka di media sosial.

Bagi saya, untuk tolong promosikan di media sosial bukan perlukan modal pun. Lagipun, material promosi semuanya sudah disediakan oleh pihak stesen TV.

Apa yang susah sangat? Kalau drama lakonan mereka meraih ‘rating’ tinggi, bukan produksi yang akan dapat manfaat besar tetapi nama dan bakat mereka juga yang akan diperkatak­an.

Ada sesetengah artis menggunaka­n khidmat lima hingga enam pembantu peribadi. Takkan, mereka tak boleh tolong susun atur strategi untuk promosi di media sosial artis itu.”

SHUHAIMI LUA (PENGARAH)

“Saya pernah berdepan situasi sebegini. Bukan sekali dua tetapi banyak kali.

Antara alasan yang diberikan, mereka hanya gunakan media sosial untuk promosi berbayar.

Artis perlu faham, industri seni kita bukanlah sebesar industri seni antarabang­sa. Kita perlulah saling membantu antara satu sama lain.

Sebagai penerbit, bayaran yang diterima pun bukanlah tinggi. Jadi, takkan untuk promosi di media sosial pun nak minta bayaran.

Ini untuk manfaat dan nama artis itu sendiri juga. Dalam kata lain, sekiranya dia promosikan karya lakonannya, orang akan nampak bakat lakonan dan hasil kerjanya.

Saya biasanya akan maklumkan kepada artis yang berlakon di bawah arahan saya ketika berada di set.

Sebagai penerbit dan pengarah, kita juga perlu ada pelan B. Kalau artis tak mahu promosi karya lakonan mereka, kita fikirkan cara lain seperti libatkan peminat dan pengikut drama serta beli iklan.

Produksi pun perlu rajin turun padang berjumpa dengan media seperti akhbar, TV dan blogger untuk menguar-uarkan karya terbaru terbitan mereka. Tak boleh harapkan pelakon sematamata.

Saya harap, barisan pelakon akan buka mata mengenai isu ini kerana tidak salah mereka membantu produksi.”

NAD ZAINAL (PELAKON)

“Setiap individu mungkin ada cara mereka tersendiri. Bagi saya, ruang laman media sosial saya khaskan 70 peratus untuk mempromosi­kan hasil kerja.

Jadi, lebih mudah untuk peminat mendapat maklumat terbaru mengenai projek membabitka­n saya.

Apabila ada drama baru, saya rasa ia menarik untuk dikongsi bermula dengan proses pembikinan hinggalah ke peringkat promosi terakhir.

Jadi, secara tak langsung, penonton dan peminat pun akan teruja untuk menonton.

Kesimpulan­nya, saya lebih selesa untuk kongsi hal berkaitan kerja daripada foto peribadi di media sosial. Saya rasa, itu lebih menarik.

Namun, seperti yang saya jelaskan, ia berbalik kepada minat dan kecenderun­gan individu.”

 ??  ?? N AD ZAIN AL
N AD ZAIN AL
 ??  ?? FADZIL
FADZIL
 ??  ?? SHUHAIM I
SHUHAIM I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia