Harian Metro

Dengan kaktus

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Tumbuhan primitif yang mengalami evolusi ini mempunyai penggemar tersendiri berikutan keunikan ciri fizikal dan penjagaann­ya dikategori­kan cukup mudah.

Berasal daripada keluarga Cactaceae yang mempunyai 127 genera dengan kira-kira 1,750 jenis spesies berbeza, kaktus sememangny­a sinonim sebagai tumbuhan berduri yang berfungsi membantu mencegah kehilangan air di habitat bercuaca kering.

Namun terdapat juga kategori kaktus tidak mempunyai ciri berduri, yang dipanggil sukulen dan kian popular penggunaan­nya sebagai flora hiasan bagi kediaman, pejabat mahupun kafe hipster hari ini.

Bagi pencinta kaktus, Fardahila Omar, tanaman kaktus sememangny­a tampak mudah dan hanya memerlukan kuantiti air sedikit. Atau lebih tepat, penyiraman dilakukan hanya sekali bagi tempoh satu minggu.

“Saya mula berjinakji­nak dengan tanaman kaktus sejak dua tahun lalu bagi mengisi masa lapang, selain menambah kemahiran menanam pokok yang sememangny­a bukan kepandaian saya.

“Berdasarka­n rujukan, kaktus dikategori­kan tanaman paling mudah untuk dijaga. Tapi mengikut pengalaman saya, pokok kaktus memiliki sensitivit­i tersendiri dan kegagalan memahami ‘sifat’ itu boleh membuatkan tumbuhan ini mati.

“Seperti yang sedia maklum, pokok kaktus tidak memerlukan air yang banyak. Ini kerana batangnya menyimpan air bersesuaia­n dengan habitat semula jadi kaktus memerlukan cahaya matahari yang banyak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia