Harian Metro

Berbunga apabila ‘tak puas hati’

- DARI MUKA 50

“Penyiraman yang kerap dan banyak boleh mengakibat­kan kaktus mati apabila batangnya menjadi lembik dan kehitaman, seterusnya merosakkan akar.

“Selain daripada kaedah penyiraman, kaktus juga sensitif dengan campuran tanah digunakan. Kaktus hidup di tanah yang poros dan tidak menakung air seperti pasir,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut wanita berusia 38 tahun ini, satu lagi tip penting untuk menjaga tanaman kaktus adalah menukar tanah pokok yang dibeli di nurseri kepada campuran tanah baru.

Selepas puluhan kaktus dibeli Fardahila mati, akhirnya dia berjaya melakukan eksperimen campuran tanah yang bersesuaia­n.

Antara campuran tanah yang dilakukan Fardahila termasuk pasir, batuan kecil, tanah hitam (mengandung­i sabut kelapa dan sekam padi), per lite (lava gunung berapi yang diproses) dan tambahan, baja lepas lambat ‘osmocote’.

“Penukaran tanah tanaman kaktus perlu dilakukan sebaik ia dibeli sama ada di nurseri mahupun dalam talian demi memastikan kaktus berkenaan menerima zat baru bagi proses pembesaran.

“Ini antara panduan campuran tanah kaktus bagi saiz medium. Saya menggunaka­n dua skup tanah, satu skup per lite, pasir, batu lava dan baja. Bahan ini perlu digaul dan sifatnya perlu poros.

“Kemudian campuran tanah poros ini dimasukkan ke dalam pasu, diikuti proses penanaman kaktus. Lagi satu tip, jangan siram pokok kaktus ini selama seminggu bagi membiasaka­n dengan habitat baru.

“Proses penukaran tanah ini juga boleh dilakukan sekiranya kaktus mula membesar atau mengeluark­an anak. Tetapi selalunya proses pembesaran kaktus memakan masa agak lama, sekurang-kurang satu hingga dua tahun.

“Selain itu, saiz pasu tidak bersesuaia­n, kurang air, cuaca panas ekstrem dan pemberian baja yang banyak antara faktor mengakibat­kan kaktus stres.

“Apabila ia mengalami tekanan, kaktus ini akan mempamerka­n rasa tidak ‘puas hati’ dengan menge-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia