Harian Metro

Tumbuhan akuatik penghias kolam

Spesies cantik jadi pilihan serikan ruang kediaman

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Kolam

hiasan antara struktur mampu memberi nilai tambah kepada landskap dalam taman di kediaman anda.

Bayangkan tatkala bersantai, bunyi air mengalir dan dilengkapi ornamen seperti ikan pastinya mampu menyuntik elemen terapeutik kepada pemiliknya.

Persekitar­an juga lebih menarik dengan adanya tanaman akuatik bukan saja mampu memberi impak indah malah membantu penyelengg­araan kolam.

Sebenarnya terdapat pelbagai pilihan tumbuhan akuatik boleh diletakkan dalam kolam hiasan. Tetapi anda boleh mulakan langkah menghias struktur itu dengan lima pilihan tumbuhan akuatik ini:

1. Teratai

Teratai atau nama genus (kelas tumbuhan) Nymphaea boleh didapati dalam pelbagai warna lembut dan elegan seperti biru, merah, kuning, putih dan merah muda.

Daun tanaman jenis ini biasanya berbentuk bulat, melebar, mengapung dan menahan bunganya yang tumbuh di atas.

2. Seroja

Rupa tumbuhan akuatik ini saling tidak tumpah seperti teratai tetapi berbeza kerana ia daripada genus Nelumbo. Teratai berbunga tepat di atas daunnya, sedangkan seroja memiliki tangkai tunggal yang kukuh tumbuh tegak menahan daun dan bunganya di atas permukaan air.

Bentuk daun bunga seroja seakan-akan bergerigi. Manakala kelopak bunga seroja lebih lebar dan tidak runcing selain jumlahnya kurang berbanding teratai.

3. Keladi bunting

Nama saintifikn­ya Eichhornia crassipes, tetapi ia mempunyai banyak nama tempatan.

Warna bunganya putih ungu dipadankan pula dengan daunnya melebar di hujung tangkai yang kembung.

Sifatnya begitu cepat membiak menyebabka­n ada orang melihat tumbuhan ini sebagai tanaman perosak kerana boleh mengganggu pertumbuha­n tanaman hiasan.

4. Papirus air

Tanaman hijau unik ini mampu hidup di air dan di darat sehingga dikenali sebagai tanaman semiakuati­k. Ia mampu tumbuh sehingga dua meter tinggi dan rupanya tidak ubah seperti pokok buluh kerana daunnya yang panjang serta runcing. Ia boleh meredupkan persekitar­an kolam.

5. Telipok

Wajib memiliki tanaman ini sebagai penghias kolam apatah lagi jika kolam anda mempunyai saiz yang besar kerana daunnya yang lebar menyerupai simbol bentuk hati. Bunganya pula berwarna putih, bertekstur sangat lembut seperti kepingan salji yang di atas permukaan air menyebabka­n ramai menggelarn­ya ‘water snowflake.’

 ??  ?? TERATAI menampilka­n warna yang lebih menyerlah
dan elegan.
TERATAI menampilka­n warna yang lebih menyerlah dan elegan.
 ??  ?? SEROJA kelopaknya lebih lebar.
SEROJA kelopaknya lebih lebar.
 ??  ?? BUNGA keladi bunting ungu.
BUNGA keladi bunting ungu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia