Harian Metro

Berkorban capai impian

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

pada zahirnya tampak indah namun hakikatnya tiada siapa yang tahu. Benar kata orang bukan mudah untuk sampai ke puncak, halangan dan cabarannya tidak terduga.

Mengenali anak jati kelahiran Negeri Di Bawah Bayu ini banyak mengajar penulis erti sebenar sebuah pengorbana­n dalam mengejar impian hidup.

Ternyata ia bukanlah perkara mudah, tidak terkira air mata yang mengalir begitu juga masa dan wang ringgit dikorbanka­n semata-mata untuk mengecapi apa yang dihajati.

Membuka bicara, pemilik nama Christine Bilan, 36, tersenyum manis sambil menarik nafas dalam, terlalu banyak dugaan yang ditempuh dalam tempoh 15 tahun menjejakka­n kaki dalam dunia perniagaan.

Menurut wanita manis yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains ini, bergelar usahawan adalah pilihannya sendiri tanpa ada paksaan atau dorongan daripada sesiapa.

“Saya mula berniaga sejak di bangku sekolah rendah, ternyata bidang ini seronok kerana ia membuahkan hasil lumayan sekiranya rajin berusaha. Bermula daripada itu saya tanam impian untuk bergelar usahawan berjaya yang bukan saja dikenali di Sabah dan Sarawak malah di seluruh Malaysia.

“Seiring peningkata­n usia, saya menjalani kehidupan sama seperti insan lain, di samping mengusahak­an pelbagai jenis perniagaan ketika belajar. Dalam sibuk berniaga, pelajaran tetap jadi keutamaan dan saya berjaya menghabisk­an pengajian seterusnya berpeluang menjadi guru,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia