Harian Metro

Berhenti kerja langkah terbaik

-

Christine akui dalam keterujaan mengejar kejayaan dia silap dalam menyusun strategi perniagaan.

Menurut Christine, kesilapan terbesarny­a ketika itu adalah kurang ilmu perniagaan yang akhirnya menyebabka­n dia terpaksa menanggung kerugian besar.

“Ramai orang kata pengalaman itu sangat penting namun untuk bergelar usahawan berjaya, pengalaman perlu diselarika­n dengan ilmu supaya langkah dalam perniagaan tersusun rapi.

“Paling menyedihka­n apabila saya terpaksa berdepan penalti denda yang sangat tinggi dikenakan Lembaga

Hasil Dalam Negeri

(LHDN) akibat kelalaian menguruska­n akaun dengan betul,” katanya.

Katanya, semua itu dijadikan pengajaran buat dirinya sebelum dia mula mengikuti beberapa kelas pemasaran dan pengurusan perniagaan.

“Walaupun sudah lama dalam bidang ini iaitu mencecah belasan tahun, saya tidak boleh malu untuk masuk semula ke kelas asas perniagaan dan duduk sebaris dengan anak muda yang mahu memulakan perniagaan bagi menimba ilmu. Saya bermula semula daripada bawah, berguru dengan guru pemasaran iaitu Sharifuddi­n Muda atau lebih dikenali sebagai

Sifu Dino dan belajar selok belok pengurusan perniagaan yang betul.

“Syukur, semuanya berjalan dengan baik dan saya kembali yakin untuk menguruska­n perniagaan ini dan akhirnya berjaya mengeluark­an jenama kecantikan sendiri iaitu Luvqis kira-kira dua tahun lalu,” ujarnya.

Christine yang memilih rumpai laut sebagai bahan utama dalam setiap produk kecantikan­nya berkata, dia juga tidak mahu terburu-buru dan lebih memfokuska­n perniagaan di pasaran Sabah dan Sarawak buat waktu ini.

“Pengalaman lalu menjadi pemangkin semangat untuk saya lebih berhati-hati, saya susun semula strategi pemasaran produk dan syukur sambutan diterima menggalakk­an.

Secara perlahanla­han saya akan mula memasuki pasaran semenanjun­g dalam tempoh terdekat.

“Dalam tempoh 15 tahun ini, pelbagai dugaan saya tempuhi dan semuanya menjadikan saya lebih matang. Bagi saya, untuk berjaya, tidak boleh tiada ilmu kerana ia diibaratka­n seperti bodoh sombong, jangan sesekali malu untuk menimba ilmu walaupun anda sudah dianggap ‘orang lama’ dalam sesuatu bidang,” katanya mengakhiri bicara.

Christine berikan sepenuh komitmen pada

bisnes elak abai waktu tidur, makan

 ??  ??
 ??  ?? MELAKUKAN perbincang­an bersama gurunya, Sharifuddi­n yang banyak membantu dalam perniagaan.
MELAKUKAN perbincang­an bersama gurunya, Sharifuddi­n yang banyak membantu dalam perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia