Harian Metro

Terapi rawat dagu berlapis

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Digabung kaedah urutan wajah selama 2 jam bantu kurangkan lemak berlebihan

Setiap wanita tentu saja mahu tampil cantik. Mungkin pada era kini semakin sukar untuk bertemu wanita yang tidak mengendahk­an soal penampilan diri terutama berkaitan wajah dan bentuk badan.

Semuanya mengimpika­n untuk memiliki wajah bersih berseri selain bebas daripada pelbagai masalah kulit.

Masalah lemak berlebihan di bawah dagu yang dikenali sebagai dagu berlapis sering menghantui ramai wanita terutama apabila usia semakin meningkat ke angka 40 tahun.

Bahkan ada yang mula mengalami masalah ini pada usia lebih awal.

Masalah dagu berlapis biasanya dikaitkan dengan kegemukan. Namun ada juga wanita dengan berat badan normal yang mengalami keadaan ini sehingga menimbulka­n ketidaksel­esaan apatah lagi apabila memakai tudung.

Apabila timbul masalah ini, ramai wanita mula runsing sehingga ada yang sanggup menjalani pelbagai kaedah rawatan yang tidak murah harganya.

Terapi khas yang digabungka­n dengan urutan wajah sehingga ke bahagian dagu dan leher antara kaedah sesuai yang boleh dicuba untuk mendapatka­n bentuk wajah idaman.

Dijalankan dalam tempoh dua jam untuk satu sesi, rawatan ini antara kaedah berkesan dan tidak mendatangk­an kesan bahaya kepada pelanggan.

Bahkan mesin berteknolo­gi tinggi turut digunakan bagi membantu mengurangk­an lemak berlebihan di bahagian dagu sebelum wajah pelanggan diurut lembut dengan teknik khas bagi memberikan kesan diinginkan.

Menurut Azliana Yusof yang mengusahak­an Bellenina Spa & Wellness, rawatan ini khusus untuk membantu menegang, menganjal, membersih, membentuk wajah dan membuang lemak di wajah dengan berkesan.

“Wajah akan dibentuk dengan teknik urutan untuk mengurangk­an lemak berlebihan yang terkumpul di kawasan itu. Mesin khas juga akan digunakan dalam tempoh 20 minit bagi proses pembakaran lemak di wajah,” katanya.

Menurutnya, selain itu, kaedah berkenaan juga dapat membantu menegang dan menganjalk­an wajah secara efektif.

“Paling utama, selain mengurangk­an lemak, pelanggan juga akan merasai kelegaan selepas diurut yang turut membantu melancarka­n aliran darah pada muka yang membuatkan wajah seseorang tampak lebih berseri,” katanya.

Azliana berkata, kaedah rawatan dan urutan juga dapat membantu mengatasi masalah kulit wajah yang pucat dan tidak bermaya.

“Jika tiada masa untuk ke spa atau tiada spa berhampira­n rumah, anda boleh cuba mengurut wajah sendiri setiap kali selepas mandi kerana ia sangat membantu dalam usaha mendapatka­n bentuk wajah idaman dan berseri.

“Urutan banyak manfaatnya kepada wanita. Mungkin ramai yang sudah biasa dengan urutan badan dan sekarang sudah boleh memulakan amalan mengurut wajah pula, terutama apabila usia semakin meningkat,” katanya.

Rawatan mengurangk­an lapisan lemak di dagu dan urutan wajah sesuai untuk semua peringkat umur dan ia ditawarkan pada harga RM150 bagi satu sesi.

“Selain rawatan, wanita juga disaran untuk rajin mengurut wajah sendiri, menjaga pemakanan dan rajin bersenam supaya kesihatan sentiasa terjaga. Individu yang sihat dan cergas akan tampak lebih berseri serta yakin dengan keadaan diri sendiri,” katanya.

Cara melakukan urutan wajah sendiri

1. Mulakan dengan membersihk­an muka dan bilas menggunaka­n air suam. Keringkan muka menggunaka­n tuala lembut.

2. Sapu sedikit minyak muka dan ratakan ke seluruh wajah secara lembut. Cari minyak muka yang sesuai untuk anda sama ada minyak argan, jojoba atau badam. Jika tiada, boleh gunakan krim pelembap kegemaran anda.

3. Mulakan mengurut di kawasan limfa. Ramai percaya aliran toksin dari wajah ke nodus limfa yang terletak di bawah telinga di tepi leher. Urut lembut kawasan ini untuk ‘melepaskan’ toksin dan menghalang­nya terkumpul di muka. Gunakan hujung jari dan urut dalam pergerakan membulat selama satu minit, urutan arah ke bawah di leher dan sepanjang rahang secara lembut.

4. Urut bahagian tepi muka dengan pergerakan membulat yang besar. Ini diikuti di tepi rahang dan hujung mulut, kemudian beralih ke hidung dan tulang pipi selama satu minit. Tolak kulit ke arah atas, bukan ke bawah kerana ia boleh membuatkan kulit jadi kendur.

5. Urut kawasan dahi kiri dan kanan serentak. Masih dengan gerakan bulatan, mulakan urut di tepi dahi dan perlahan-lahan bergerak ke tengah.

6. Kemudian beralih ke kawasan mata. Letakkan jari di tengah-tengah kening, lurutkan jari ke arah luar. Lurutkan jari di bawah mata secara lembut hingga ke hujung mata. Mengurut mata membantu mengatasi masalah mata sembap. Gunakan lebih minyak atau krim jika perlu kerana kulit di kawasan mata lebih sensitif dan halus.

 ??  ?? RAMAI wanita bimbang masalah dagu berlapis.
RAMAI wanita bimbang masalah dagu berlapis.
 ??  ?? PENGGUNAAN mesin berteknolo­gi tinggi tidak datangkan kesan mudarat.
PENGGUNAAN mesin berteknolo­gi tinggi tidak datangkan kesan mudarat.
 ??  ?? URUTAN mampu atasi pelbagai masalah wajah.
URUTAN mampu atasi pelbagai masalah wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia