Harian Metro

Neymar selamatkan import baharu Tok Gajah

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@ mediaprima. com.my

Tumpuan peminat Pahang dan bola sepak terarah kepada pemain import bersaiz besar, Dickson Nwakaeme yang sudah meledak tiga gol dalam dua penampilan, sekali gus menenggela­mkan bintang dari Brazil, Ze Eduardo.

Mungkin masanya masih belum tiba buat Ze Eduardo untuk mencuri tumpuan peminat walaupun dia pernah bermain dalam satu pasukan dengan Neymar ketika di Santos.

Sebenarnya ada kisah menarik antara Ze Eduardo dan Neymar ketika beraksi di kelab berkenaan terutama pada sambutan hari jadi ke-23 pemain kelahiran Promissao, Brazil itu.

Ia bagaikan satu budaya dalam setiap pasukan sejak kebelakang­an ini, apabila hari jadi seseorang pemain akan disambut dengan gurauan kasar oleh seluruh pasukan termasuk dengan aktiviti wajib seperti membaling tepung, telur, mencurah air atau ais.

Ini yang terjadi ke atas Ze Eduardo pada 29 Oktober 2010, apabila seluruh pemain mengepungn­ya sebelum diikat di tiang gol selepas latihan.

Bagaimanap­un, keseronoka­n melampau bertukar menjadi pergaduhan kecil, terutama membabitka­n seorang yang bertindak agak keterlalua­n dan seorang lagi yang cuba mempertaha­nkan mangsa hari jadi.

Dalam hal ini, Neymar menjadi penyelamat Ze Eduardo, watak ‘penjahat’ pula dipikul oleh seorang lagi penyerang lebih senior, Marcel.

Marcel memang bertindak sangat keterlalua­n ketika itu, kerana beberapa kali melepaskan tumbukan padu ke arah Ze Eduardo yang tidak terdaya untuk melawan apabila tangannya diikat di tiang gol.

Nasib Ze Eduardo ibarat jatuh ditimpa tangga, sudahlah tangannya terikat, rakan lain bergembira membaling telur, tepung dan apa saja objek yang mudah dicapai berdekatan padang latihan itu.

Neymar ketika itu baru berusia 18 tahun, namun tindakanny­a memang sangat matang dan mempunyai sifat belas kasihan terutama selepas melihat Marcel bertindak keterlalua­n seperti dalam filem tinju, Rocky Balboa.

Selepas melihat Ze Eduardo sudah teruk menjadi mangsa gurauan kasar, Neymar cuba untuk mempertaha­nkan rakan sepasukann­ya itu dengan menyerang sesiapa saja yang masih lagi bergembira dalam sambutan hari jadi itu.

Pada satu ketika

Neymar dan Marcel sudah hampir bertumbuk dan drama tolak-menolak berlaku di antara mereka, sebelum rakan sepasukan meleraikan ketegangan itu.

Insiden itu menjadi tontonan umum selepas ada yang merakam sambutan hari jadi berkenaan, namun sikap Neymar sangat dipuji.

Ze Eduardo mengambil keputusan untuk berpindah ke Eropah selepas semusim bersama Santos dan destinasi barunya pada 2011 adalah kelab Itali, Genoa.

Sejak dari itu bermulalah perjalanan karier yang sangat mencabar buat penyerang berusia 31 tahun itu, dengan menyertai beberapa kelab seperti Siena (Itali), Coritiba (Brazil), Shanghai Shenxin (China), Goias (Brazil), Al-Shaab CSC (UAE), Vitoria (Brazil), Al-Faisaly (Arab Saudi) Oeste (Brazil) dan terkini, Pahang.

 ??  ?? INFO
Nama penuh: Jose Eduardo Bischofe de Almeida
Tarikh lahir: 29 Oktober 1987
Tempat lahir: Promissao, Brazil
Tinggi: 1.79m
Posisi: Penyerang
Kelab semasa: Pahang Nombor jersi: 11
INFO Nama penuh: Jose Eduardo Bischofe de Almeida Tarikh lahir: 29 Oktober 1987 Tempat lahir: Promissao, Brazil Tinggi: 1.79m Posisi: Penyerang Kelab semasa: Pahang Nombor jersi: 11
 ??  ?? NEYMAR (kiri) dan Ze Eduardo ketika di Santos.
NEYMAR (kiri) dan Ze Eduardo ketika di Santos.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia