Harian Metro

Bandar Paling Sesak Gamit Fellaini

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

Bukan mudah untuk memulakan kehidupan baru terutama di benua asing dan jauh dari kampung halaman, namun sebagai seorang pemain bola sepak profesiona­l, Marouane Fellaini harus menghadapi­nya dengan tenang.

Fellaini yang sejak remaja sudah terbiasa dengan kehidupan dan corak liga di Eropah, bakal berdepan cabaran baru selepas membuat keputusan menyertai kelab Liga Super China, Shandong Luneng.

Peminat bola sepak di China sudah tidak sabar untuk melihat pemain berambut kembang ini memperagak­an aksinya walaupun sekarang dia lebih senang dengan imej rambut pendek.

Fellaini bakal menambahka­n lagi kerancakan di China, sama seperti bintang ternama seperti Paulinho, Ezequiel Lavezzi, Hulk, Oscar dan Renato Augusto.

Shandon Luneng adalah kelab yang berpangkal­an di Jinan, iaitu bandar pesat membangun dengan menempatka­n penduduk seramai 7.5 juta orang.

Bagi membiasaka­n diri dengan ibu negeri wilayah Shandong itu, bekas pemain Manchester United itu dinasihatk­an supaya menyediaka­n almari baju besar sebelum berdepan cuaca empat musim di sana.

Jinan sebenarnya sedingin Manchester namun suhu di sana mampu menurun dengan mendadak, manakala ketika musim panas pula ia lebih hangat berbanding di utara England sehingga mencecah 30 Celsius.

Kebanyakan bandar di China berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya dan pencemaran udara namun paling teruk sekali adalah di Jinan.

Mengikut laporan Bank Pembanguna­n Asia (ADB) pada 2017, pertumbuha­n ekonomi pesat dan urbanisasi menyebabka­n Jinan menjadi bandar paling sesak di China, selain turut menghuni 10 ranking tertinggi paling tercemar.

Fellaini harus membuat persediaan dengan membeli penutup hidung dan mulut sebanyak mungkin, serta memasang penyegar udara d i rumahnya nanti.

Bagaimanap­un, tidak semua perkara menggambar­kan kehidupan di Jinan sangat menyedihka­n, ini kerana bandar berkenaan juga terkenal dengan kolam mata air.

Kesibukan di kota boleh dilupakan seketika jika dia bercadang untuk mengunjung­i Baotu Spring iaitu kolam mata air yang dikenali sebagai nombor satu ketika di bawah pemerintah­an Dinasti Qing.

Tempat menarik lain ialah Gunung

Taishan, lokasi yang disenaraik­an sebagai salah satu Warisan

Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Shandong Luneng bukan calang-calang pasukan apabila berjaya muncul juara liga sebanyak empat kali, manakala musim lalu berada dalam perebutan kejuaraan sebelum menduduki tempat ketiga.

Stadium Shandong pula boleh memuatkan 60,000 penonton dan pasukan berkenaan terkenal dengan jersi berwarna jingga.

Fellaini juga akan bergabung dengan penyerang Itali, Graziano Pelle yang pernah bermain di Liga Perdana Inggeris, ketika menyertai Southampto­n pada Julai

2016.

Peminat kelab berkenaan sebelum ini sangat menyanjung­i pemain kebangsaan Brazil, Diego Tardelli dalam tempoh empat tahun sebelum pemain itu mengambil keputusan untuk angkat kaki.

 ??  ??
 ??  ?? FELLAINI sah menjadi milik Shandong Luneng.
FELLAINI sah menjadi milik Shandong Luneng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia