Harian Metro

Tangan Emas Sepanjang Zaman

-

sut hitam, mengekalka­n 500 rekod bersih dalam 812 perlawanan. Satu angka keramat yang masih belum mampu ditandingi hingga sekarang.

2-Gordon Banks (England)

Nama penuh : Gordon Banks Tarikh lahir : 30 Disember 1937

Tempat lahir :

Sheffield, Inggeris

Tinggi : 1.83 meter

Tarikh meninggal dunia:

12 Februari 2019 (umur 81 tahun)

Banks adalah penjaga gol terhebat sepanjang zaman apabila mempunyai bakat yang sungguh luar biasa terutama berjaya menepis tandukan penyerang Brazil Pele pada Piala Dunia 1970 walaupun ketika itu 90 peratus boleh dikatakan patut menerjah gol.

3-Dino Zoff (Itali)

Nama penuh : Dino Zoff Tarikh lahir : 28 Februari 1942

Tempat lahir : Mariano del Friuli, Gorizia, Itali

Tinggi : 1.82 meter

Umur : 76 tahun

Piala Dunia 1982 menjadi puncak prestasi Zoff apabila pada usianya ke 40 tahun berjaya memenangi Piala Dunia sekali gus dinobatkan sebagai pemain tertua memenangi piala berkenaan ketika itu. Malah dia juga dipilih sebagai penjaga gol terbaik pada Piala Dunia berkenaan. Nama penuh : Rinat Fayzrakhma­novich Dasayev Tarikh lahir : 13 Jun 1957 Tempat lahir : Astrakhan, Russia

Tinggi : 1.86 meter

Umur : 61 tahun

Jika tidak ada trio Belanda Ruud Gullit, Frank Rijkaard, dan Marco van Basten kemungkina­n pasukan Soviet Union ketika itu akan menjadi juara di Euro 1988. Dasayev tampil cemerlang pada pertanding­an yang berlangsun­g di Jerman, dan hanya Gullit dan tendangan voli Van Basten yang mampu mematahkan perlawanan Soviet di final.

Dasayev yang turut digelar ‘Tirai Besi’ dianggap sebagai penjaga gol terbaik kedua di Russia selepas Yashin. Dia tampil di tiga Piala Dunia dan bermain sebanyak 91 kali bagi pasukan kebangsaan Soviet hingga bersara pada tahun 1990.

5-Peter Schmeichel (Denmark)

Nama penuh : Peter Boleslaw Schmeichel

Tarikh lahir : 18 November 1963

Tempat lahir : Gladsaxe, Denmark

Tinggi : 1.93 m

Umur : 55 tahun

Tinggi besar, rambut perang dan hidung merah. Tiga hal berkenaan adalah yang selalu muncul di fikiran bila nama Schmeichel disebut. Namun bagi yang menjadi lawan Manchester United dan pasukan kebangsaan Denmark, The Great Dane itu menjadi tembok raksasa yang tak dapat ditembus.

Tindak balasnya yang mengagumka­n, serta menjadi salah satu alasan utama mengapa United menjadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia