Harian Metro

SAMBUNG SETAHUN LAGI

 Valverde setuju lanjut kontrak bersama Barcelona

-

Ernesto Valverde setuju melanjutka­n kontrak setahun lagi bersama Barcelona, sekali gus menamatkan spekulasi meninggalk­an kelab itu pada musim panas.

Terma baru Valverde itu memastikan dia terus mengendali­kan Barca musim depan, selain mempunyai pilihan melanjutka­n kontrak sehingga kempen 2020-21.

Spekulasi mengenai masa depan jurulatih itu mula hangat sejak beberapa bulan lalu. Pada

Krismas lalu,

Valverde berkata kepada

TV Barca, dia tidak tahu apa akan dilakukan musim depan.

Presiden Barca, Josep

Maria Bartomeu kerap mengulangi hasrat mahukan Valverde terus bersama mereka dan pada Januari lalu menegaskan beliau yakin bekas pengurus Athletic Bilbao itu akan memperbaha­rui kontraknya.

Bagaimanap­un, Valverde, 55, tidak menunjukka­n dengan jelas hasratnya. Minggu lalu dalam sidang akhbar dia enggan bercakap mengenai masa depan, tetapi dengan perkembang­an terkini semalam menamatkan spekulasi yang musim ini adalah yang terakhirny­a mengendali­kan Barcelona.

Selepas dilantik menggantik­an Luis Enrique pada 2017, Valverde memacu kejayaan Barcelona menjuarai kejuaraan liga dan dua piala dalam musim pertamanya mengendali­kan pasukan itu.

Skuad Catalan hampir menamatkan keseluruha­n

kempen tanpa kalah, hanya tewas kepada Levante dalam aksi terakhir mereka.

Musim ini Barca menerajui La Liga dengan kelebihan enam mata dan mara ke separuh akhir Copa del Rey. Mereka seri 1-1 dengan Real Madrid dalam aksi peringkat pertama dan bertandang ke Bernabeu untuk aksi kedua pada 27 Februari.

 ??  ?? VALVERDE dilantik menggantik­an Luis Enrique pada 2017.
VALVERDE dilantik menggantik­an Luis Enrique pada 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia