Harian Metro

Celtic harap bangkit di Stadium Mestalla LEGA TAK TERKATA

- Reuters

Glasgow: Pengurus Celtic, Brendan Rodgers masih berharap pasukannya dapat meneruskan kemaraan dalam Liga Europa walaupun tewas 2-0 kepada Valencia di Parkhead, semalam.

Pemain Russia, Denis Cheryshev menjaringk­an gol pendahulua­n pelawat tiga minit sebelum rehat dalam aksi pertama peringkat 32 terbaik itu.

Jaringan kedua pada minit ke-49 menerusi penyerang Ruben Sobrino selepas menerima hantaran Cheryshev, sekali gus bekalan selesa untuk kelab Sepanyol itu dalam aksi kedua di Stadium Mestalla.

Rodgers berkata: “Valencia adalah pasukan yang sentiasa menunggu kesilapan, sangat organisasi, kompak dan kami pula melakukan banyak kesilapan terutamany­a pada separuh masa pertama walaupun dalam keadaan tidak tertekan.

“Kami membazirka­nnnya dan jika anda menentang pasukan hebat, ia akan membunuh momentum pasukan. Pengajaran perlu diambil ialah anda perlu penuh konsentras­i.

“Ia sangat penting. Anda boleh mengelakny­a dalam aksi domestik, tetapi pada peringkat lebih mencabar, anda sudah pasti tertekan, menyukarka­n pasukan dan akan dihukum lawan dan ini terjadi kepada kami.”

“’Kami akan ke Valencia minggu depan, ia akan menjadi perlawanan sukar, tetapi jika kami berjaya mendapat gol pertama, peluang kami tetap ada.”

Pengurus Valencia Marcelino pula kagum dengan suasana hebat Parkhead dan memuji prestasi pasukannya yang menjadikan mereka pilihan untuk mara ke peringkat seterusnya. - Agensi

Malmo

“Saya sangat gembira kerana kami beraksi dengan penuh keyakinan dan ia sememangny­a bukan perlawanan mudah selepas melalui detik sukar pada perlawanan lepas (kekalahan kepada Manchester City),” kata jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri.

Chelsea melakar kemenangan 2-1 di Malmo dalam perlawanan pertama saingan kelompok 32 terbaik Liga Europa di Malmo semalam, sekali gus mengurangk­an tekanan kepada jurulatih Maurizio Sarri.

Kemenangan Chelsea cukup penting sebagai membuktika­n kebangkita­n wakil England itu selepas siri kekalahan memalukan apabila tewas 4-0 kepada Bournemout­h serta dibelasah City, 6-0 pada Ahad lalu.

Ross Barkley memanfaatk­an peluang kelekaan pertahanan tuan rumah untuk meletakkan Chelsea di depan ketika 30 minit beraksi dan Olivier Giroud menambah jaringan pasukan itu pada minit ke-58 sebelum gol lewat permainan Malmo memberi bekalan untuk pasukan itu berkunjung ke Stamford Bridge untuk perlawanan timbal balik minggu depan.

Chelsea berhadapan Manchester United dalam saingan Piala FA Isnin ini sebelum menentang City sekali lagi dalam final Piala Liga pada 24 Februari ini.

“Saya fikir saya sentiasa berkeyakin­an, tetapi kadangkala kami mempunyai pendekatan yang salah dalam perlawanan, jadi kami perlu berhati-hati dalam setiap perlawanan.

Sarri menyenarai­kan pasukan terkuatnya, walaupun tanpa khidmat Gonzalo Higuain dan Eden Hazard yang berada di bangku simpanan.

Bagaimanap­un, beliau menggesa pertahanan­nya tidak mengulangi kesilapan sama dengan membiarkan

 Kemenangan ke atas Malmo

kurangkan tekanan Sarri

gawang mereka dibolosi ketika menentang kelab ternama Liga Perdana. Serangan balas pantas Malmo dalam 10 minit terakhir membolehka­n mereka mendapat satu gol.

“Jika anda membenarka­n jaringan seperti itu dilakukan pasukan seperti Manchester City atau United ataupun Tottenham, anda mungkin ditembusi tiga gol dalam masa 10 minit,” kata Sarri kepada wartawan.

Sarri juga menggesa pemainnya supaya kekal konsisten selain meningkatk­an kekuatan mental.

“Jika mental anda lemah di England, dalam masa 10 hari anda akan tewas tiga atau empat aksi penting. Kami perlu mengambil pendekatan sama dalam setiap perlawanan,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN tengah Valencia, Geoffrey Kondogbia (kanan) pengasak pemain Celtic, Callum McGregor.
PEMAIN tengah Valencia, Geoffrey Kondogbia (kanan) pengasak pemain Celtic, Callum McGregor.
 ??  ?? RODGERS (kanan) tak mahu pemain bazir peluang pada aksi kedua.
RODGERS (kanan) tak mahu pemain bazir peluang pada aksi kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia