Harian Metro

KENAPA DEGIL SANGAT

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n @hmetro.com.my

Sama ada degil atau terlupa. Itu rumusan yang boleh diambil apabila hanya lima daripada tujuh pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji, tampil menyerahka­n dokumen kewangan masing-masing selepas tarikh tutup berakhir, semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Operasi Malaysian Football League (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd apabila ada antara pasukan berkenaan tidak mengambil serius perkara terbabit dengan enggan memberikan kerjasama untuk berbuat demikian.

Malah, beliau turut memberi peringatan kepada pasukan terbabit supaya lebih serius dalam usaha menangani krisis masalah kewangan bagi mengharung­i Liga Malaysia 2019.

“Seperti semua pasukan sedia maklum, hari ini adalah tarikh tutup untuk tujuh pasukan itu mengemukak­an bukti bayaran yang sudah dibuat dan setakat jam 5 petang hari ini, (semalam) hanya lima pasukan saja sudah menyerahka­n dokumen.

“Sekretaria­t MFL akan membuat semakan lebih terperinci sama ada dokumen yang dihantar itu lengkap seperti mana yang kita nak tapi lagi dua pasukan setakat ini belum menyerahka­n dokumen yang kita mahukan.

“Kita sudah memberi ruang dan masa secukupnya kepada setiap pasukan mengumpul segala dokumen dan menyerahka­n kepada MFL dan saya percaya semua pasukan sedia maklum dengan peraturan ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam memberi tempoh sehingga semalam kepada persatuan bermasalah untuk menyediaka­n dokumen kewangan pasukan masing-masing.

Menurut Kevin, ia bagi membolehka­n Ahli Lembaga Pengarah MFL menilai

 MFL kesal dua pasukan tak serah dokumen kewangan

kedudukan pasukan terbabit selain untuk mencari jalan terbaik bagi membantu pengurusan baharu.

Setakat ini, antara pasukan yang mengalami masalah tunggakan gaji adalah FELDA United, PDRM, Pulau Pinang, Perlis, Kuala Lumpur, Melaka United dan Kelantan.

Selain itu, katanya, pasukan yang gagal menghantar dokumen terbabit bakal dikenakan tindakan yang diputuskan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“Amalan MFL sebelum ini, semua sudah sedia maklum kesannya di mana ia mungkin akan memberi kesan kepada geran tahunan yang akan kita berikan iaitu RM3 juta kepada pasukan Liga Super dan RM1 juta kepada pasukan Liga Perdana.

“Jika perkara ini gagal, salah satu penalti yang akan kita gunakan adalah pemotongan geran dan selebihnya akan diserahkan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Shazli
MOHD Shazli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia