Harian Metro

Perhitunga­n taktikal dua sahabat

-

Melaka: Pertembung­an taktikal antara rakan jurulatih yang juga bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh pastinya dinanti-nantikan pada pertembung­an Melaka United dan Pahang di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam ini.

Zainal membimbing Melaka, manakala Dollah bersama Pahang dan aksi itu tentunya mencuri tumpuan apatah lagi kedua-duanya bersahabat baik serta pernah beraksi bersama dalam skuad kebangsaan, Selangor dan Pahang.

Bekas pemain Olimpik 1980, Ramli Junit berkata, idea dan strategi kedua-dua jurulatih itu perlu diterjemah dengan baik melalui aspek taktikal oleh pemain, sekali gus pasti menggembir­akan penonton yang mahu melihat aksi berkualiti dalam liga tempatan.

Beliau menjangkak­an pertembung­an bakal sengit kerana masing-masing memiliki barisan pemain berkualiti.

Menurutnya, Melaka yang dibarisi Safiq Rahim, Shukor Adan, Khairul Fahmy Che Mat dan Razman Roslan pastinya mampu membentuk gandingan agresif untuk menutup setiap usaha pelawat.

“Malah, kemenangan skuad Hang Tuah pada dua aksi awal sebelum ini mampu menjadi suntikan semangat untuk mengutip tiga mata tambahan.

“Justeru, kelebihan beraksi di gelanggang sendiri perlu direbut tuan rumah untuk meraih mata maksimum, sekali gus menempatka­n diri di kedudukan terbaik,” katanya.

Namun, skuad Tok Gajah yang turut memiliki bintang berbisa, Saddil Ramdani, Safuwan Baharuddin, Jose Eduado dan Dickson Nwakaeme perlu diawasi dengan teliti oleh barisan Hijau

Putih.

“Mereka juga memiliki Mohamadou Sumareh dan pemain

(gambar)

muda berbakat, Nor Azam Azih yang dilihat mampu menjadi ‘duri dalam daging’ untuk mengecewak­an tuan rumah,” katanya.

Namun, apa yang penting bagi Ramliadala­h perlawanan itu menjadi pentas kecemerlan­gan setiap pemain memperaga taktikal, kemahiran dan gerakan berpasukan.

 ??  ??
 ??  ?? DOLLAH
DOLLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia