Harian Metro

PEMILIK TAK RUGI

- Norsyazwan­i Nasri am@hmetro.com.my

Pengambila­n tanah pelaksanaa­n projek pembanguna­n oleh kerajaan negeri tidak pernah merugikan pemiliknya seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pampasan bagi tanah berkenaan dibayar mengikut harga pasaran semasa.

Beliau berkata, pengambila­n tanah tidak dapat dielakkan dalam pelaksanaa­n projek pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat dan kerajaan bukannya mengambil secara paksa atau merampasny­a tanpa sebarang pampasan.

“Kami berharap orang ramai terutama pemilik tanah tidak mudah mendengar hasutan pihak tertentu yang mendakwa kerajaan negeri membuat pembayaran dengan nilai yang tidak munasabah terhadap tanah diambil.

“Saya ingin menegaskan bahawa kadar bayaran dan pampasan diberikan adalah munasabah dan mengikut kadar harga semasa berdasarka­n peraturan dan undang-undang,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Cek Pampasan di Pejabat Residen di sini, kelmarin.

Seramai 143 orang pemilik tanah menerima pampasan berjumlah keseluruha­n RM3,090,128 sebagai pampasan kepada tanah yang diambil untuk projek Jalan Ijok, Lempaong, Batu Pesok, Rantau Layang, dan Perdu

Spak. Turut hadir, Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian, Malcolm Mussen Lamoh dan Residen Betong Friday Belik.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata, jika rakyat mahukan pembanguna­n dilaksanak­an, mereka harus memberi kerjasama penuh kepada kerajaan termasuk membenarka­n tanah yang termasuk dalam kawasan projek itu diambil dan kerajaan akan membayarny­a.

Katanya lagi, berikutan situasi politik semasa yang berubah, kerajaan negeri kini mengambil alih beberapa projek pembanguna­n yang pada mulanya diluluskan Kerajaan Persekutua­n.

“Percayalah...tiada rakyat yang akan tertinggal di bawah kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan rakyat harus menyedari bahawa hanya orang Sarawak sendiri yang berhak menentukan nasib negeri ini,” katanya.

Pampasan tanah dibayar ikut pasaran semasa

 ??  ?? AWANG Tengah (tengah) bersama penerima pada Majlis Penyampaia­n Cek Pampasan Tanah di Pejabat Residen Betong.
AWANG Tengah (tengah) bersama penerima pada Majlis Penyampaia­n Cek Pampasan Tanah di Pejabat Residen Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia