Harian Metro

100,000 bekas ahli UMNO serah borang sertai BERSATU

-

Lima Ahli Parlimen dan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah yang keluar UMNO akhir tahun lalu menyerahka­n borang bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Bekas Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, hasrat menyertai parti itu semakin cerah dengan pengumuman Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir mengenai kemasukan parti berkenaan ke Sabah.

Katanya, ketika ini 100,000 ahli UMNO termasuk wakil rakyat dan bekas Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negeri mengisi borang untuk menyertai BERSATU.

“Kami bersyukur dengan pengumuman BERSATU membuka cawangan di Sabah. Kami berterima kasih kepada Dr Mahathir atas keputusan itu.

“Kini, 100,000 ahli menghantar permohonan menyertai BERSATU. Memang kami berhasrat dari awal lagi menyertai BERSATU,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Antara bekas Ahli Parlimen UMNO Sabah yang disebut-sebut menyertai BERSATU ialah Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang).

Bagi ADUN, selain Hajiji (Sulaman), yang lain ialah Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Datuk Mohd Arifin Arif (Membakut), Datuk

Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Ghulam Khan Bahadar (Kawang) dan Matbali Musah (Lumadan).

Hajiji yang berada di Madinah mengerjaka­n umrah berkata, bagi kepemimpin­an BERSATU di Sabah, ia terserah kepada Dr Mahathir membuat keputusan.

Kota Kinabalu: Panglima Medan Timur Tentera Darat menggarisk­an 14 pelan tindakan bagi meneruskan pembanguna­n memperkasa­kan imej dan meningkatk­an keyakinan rakyat terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

14 pelan tindakan itu antara lain menekankan pengukuhan etika ketenteraa­n, disiplin, kesihatan dan kecerdasan, semangat berpasukan, integriti, kebajikan anggota serta memaksimum­kan keupayaan tempur.

Leftenan Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain berkata, pelan tindakan digariskan itu memayungi empat teras utama Panglima Tentera Darat (PTD) dan mendukung empat aspirasi Panglima Angkatan Tentera (PAT).

Katanya, untuk mencapai kejayaan, etika dan budaya tentera perlu diamalkan selaras dengan pendekatan

bagi setiap anggota supaya wujud rasa bangga menjadi anggota tentera.

“Setiap anggota perlu mengamalka­n dan menghayati lima tonggak Ikrar Kesatria sebagai tunjang jati diri supaya nilai spiritual diri dapat

diperkukuh­kan.

“Tentera juga perlu bijak menggunaka­n prinsip 3M iaitu supaya Tentera Darat sentiasa kekal relevan mengikut peredaran masa,” katanya sempena perbarisan Perintah Ulung Panglima Medan Timur Tendera Darat di Kem Lok Kawi, semalam.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera 450, Mejar Jeneral Datuk Mohd Khir Abdullah, Panglima 5 Briged, Brigadier Jeneral Muhammad Hafizuddea­in Jantan dana Panglima 13 Briged (ESSCOM) Brigadier Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

Zamrose berkata, setiap anggota perlu berusaha mempelajar­i perkara baru bagi menambahka­n ilmu pengetahua­n dan kemahiran sedia ada di samping menitik beratkan sistem pengurusan yang efektik serta efisyen.

 ??  ?? ZAMROSE ketika upacara Penyampaia­n Perintah Ulung Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat.
ZAMROSE ketika upacara Penyampaia­n Perintah Ulung Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia