KOLAM 'AMBIL'3 BERADIK
“Kini tinggal seorang saja anak lelaki saya berusia empat tahun selepas tiga anak pergi buat selama-lamanya,” kata bapa kepada tiga beradik yang lemas di kolam ikan terbiar, kelmarin. Dia yang dimaklumkan anak saudaranya mengenai kejadian berkenaan terus
“Hanya Tuhan yang mengetahui betapa luluhnya hati saya apabila melihat Noreen kaku di bawah runtuhan batu itu.
“Saya cuba memanggilnya namun tiada sebarang sahutan dengan darah keluar membuak-buak dari mulutnya,” kata Norehan Abdul Rahman, 26.
Norehan adalah ibu kepada Nooreen Qistina Abdullah, 6, yang maut dihempap batu konkrit dinding selepas rumahnya dirempuh sebuah Perodua Myvi di Kilometer 58 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Merchong di sini, kelmarin.
Kejadian jam 10 pagi itu turut mencederakan anak bongsunya, Nur Jannah Muhamad Hafizi, 12 bulan.
Norehan berkata, ketika kejadian dia sedang memasak manakala Noreen baru selesai mandi dan mahu memakai seluar.
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan melihat dinding rumah runtuh dirempuh sebuah kereta, saya cuba mencari anak-anak saya namun hanya menjumpai Jannah yang berada di tepi dinding.
“Hati saya berdebar apabila tidak menjumpai Nooreen dan terus menjerit meminta bantuan penduduk kampung sebelum menjumpainya di bawah runtuhan batu itu,” katanya.
Suri rumah itu berkata, dia terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Nenasi namun disahkan meninggal dunia jam 12.20 tengah hari oleh pasukan perubatan.
Mengikut laporan polis, kereta Perodua Myvi dipandu seorang pelajar universiti awam yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Johor Bahru itu dikatakan terbabas kerana cuba mengelak kenderaan dari arah hadapan di Kilometer (KM) 58 Jalan Pekan-Rompin menyebabkannya merempuh rumah di tepi jalan.
Sementara itu, jiran mangsa, Mohd Idham Ikmal Abdul Rahim, 20, berkata, dia bergegas ke rumah jirannya itu yang terletak di seberang jalan selepas mendengar bunyi dentuman kuat.
Katanya, saya melihat sebuah kereta berada di dalam rumah dengan keadaan berasap dan mendengar jeritan jirannya yang meminta supaya mencari anak sulungnya.
“Saya cuba mengalihkan beberapa batu yang runtuh sebelum menjumpai Nooreen dalam keadaan tertiarap dengan kesan kecederaan di kepala.
“Ketika cuba mengangkatnya saya melihat darah keluar membuak-buak dari mulutnya sebelum membaringkannya di pangkin di luar rumah,” katanya.
Jenazah Nooreen selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan MARDI, Muadzam Shah, Rompin selepas solat Isyak malam semalam.
Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian semalam mendapati kesan runtuhan masih belum dialihkan dan kereta Perodua Myvi sudah dibawa keluar untuk siasatan.