Harian Metro

Diserbu dalam ‘mimpi’

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Seramai 118 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sedang tidur gagal melarikan diri apabila serbuan dilakukan di dua kawasan penempatan haram di ibu negara, kelmarin.

Dalam serbuan di Taman Dato Senu dan Kampung Baru oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dalam Ops Bersepadu dijalankan awal pagi semalam.

Dalam serbuan di dua kawasan penempatan haram iaitu di Taman Dato Senu dan Di Kampung Baru itu, seramai 293 warga asing diperiksa dan 118 daripada didapati melanggar Akta Imigresen.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, dalam operasi bermula jam 1 pagi itu, kebanyakan warga asing berkenaan sedang tidur namun ada antaranya bertindak agresif dan enggan memberi kerjasama sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Katanya, ada antara mereka bertindak melarikan diri dengan memanjat bumbung rumah termasuk bersembuny­i di bawah kolong bagi mengelak ditahan.

“Dalam serbuan pertama di Kampung Baru, seramai 70 warga asing diperiksa dan seramai 27 PATI serta dua kanak-kanak lelaki dan perempuan ditahan.

“Manakala dalam serbuan di Taman Dato Senu, seramai 223 warga sing diperiksa dan JIM Kuala Lumpur berjaya menahan seramai 89 PATI,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, PATI yang ditahan membabitka­n 53 lelaki

 118 PATI di penempatan haram ditahan imigresen di dua lokasi

Indonesia dan 43 lelaki Bangladesh, manakala bakinya membabitka­n 21 wanita Indonesia serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan warga Indonesia.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen (Pindaan 2002) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 56(1)(c) kerana memiliki dokumen atau permit palsu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SERAMAI 118 PATI termasuk dua kanak-kanak lelaki dan perempuan ditahan imigresen dalam Ops Bersepadu.
SERAMAI 118 PATI termasuk dua kanak-kanak lelaki dan perempuan ditahan imigresen dalam Ops Bersepadu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia