Harian Metro

Mayat jatuh feri ditemui

- Hadzlihady Hassan am@hmetro.com.my

 Lelaki tanpa identiti dijumpai bersama wang RM1, kunci motosikal dan telefon bimbit

Wang tunai RM1, kunci motosikal dan telefon bimbit antara ditemui dalam poket seluar selepas seorang lelaki yang dikatakan terjatuh dari feri tiga hari lalu ditemui di Jeti Swettenham Pier, di sini, semalam.

Mayat tanpa sebarang identiti itu ditemui orang awam jam 10.30 pagi yang kemudian memaklumka­nnya kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sehingga kini siasatan lanjut masih dilakukan untuk mengesan identiti mangsa.

Katanya, bagaimanap­un tiada sebarang laporan orang hilang diterima pihaknya buat masa ini dan polis hanya menemui wang RM1, kunci motosikal jenis Modenas serta telefon bimbit jenama Nokia dalam poket seluar mangsa.

“Mangsa ditemui berbaju hitam serta memakai jean biru dan mayatnya dibawa ke Jeti Pangkalan Marin Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

“Laporan bedah siasat hanya akan diketahui esok (hari ini) untuk mengenalpa­sti punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi Jumaat lalu, seorang penumpang feri dikatakan terjatuh pada kedudukan 0.8 batu nautika Barat Laut Terminal Feri Butterwort­h.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dilakukan membabitka­n pelbagai agensi antaranya Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

SAR digerakkan jam 9.50 pagi selepas APMM menerima laporan seorang mangsa dikhuatiri hilang selepas jatuh dari feri berkenaan.

 ??  ?? ANGGOTA Penyelamat Marin memeriksa barangan milik mangsa di Pangkalan Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban.
ANGGOTA Penyelamat Marin memeriksa barangan milik mangsa di Pangkalan Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia