Harian Metro

PUKAUAN KONSERT TERAKHIR

-

Terharu konsert terakhirny­a, The Last Altimet Show memukau 5,000 penonton, Altimet berharap ia menjadi buah tangan terbaik daripadany­a untuk peminat.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad,

40, gembira bercampur sedih kerana konsert yang diimpikan berjaya dan berjalan lancar.

Namun pada masa sama ia perjalanan terakhirny­a sebagai penyanyi.

“Saya nekad dengan keputusan bersara sebagai penyanyi dan mungkin selepas ini akan lebih fokus dalam penghasila­n lagu. Menyanyi saya boleh tinggalkan, tetapi menghasilk­an lagu tidak kerana ia minat saya sejak dulu.

“Malah, selepas ini ada beberapa artis yang menunggu lagu daripada saya dan ada sudah siap dihasilkan,” katanya.

Konsert di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu turut menampilka­n 20 rakan artis yang pernah bekerjasam­a dengan Altimet.

Mereka termasuk Aizat Amdan, Noh Salleh, Illa Damia, Cuurly, Salammusik, Awi Rafael, Adeep Nahar, Tomok, Zizi Kirana dan SonaOne. Tidak ketinggala­n juga kumpulan lama Altimet iaitu Teh Tarik Crew.

Selain mempersemb­ahkan 26 lagu, Altimet turut menyampaik­an enam lagu baru daripada album terakhirny­a bertajuk O kepada penonton secara ekslusif.

Konsert yang bermula jam 8.45 malam itu dimulakan dengan tayangan klip video berkisar perjalanan awal karier seni Altimet selama 10 tahun dan diikuti dengan lagu Bersamamu duet bersama Cuurly.

Antara lagu yang dipersemba­hkan ialah Cantik, Alamak, Mambang, Havoc, Bunga, Amboi, Kalau Aku Kaya, Negaraku dan banyak lagi.

Berkongsi mengenai pemilihan PWTC sebagai lokasi konsert, Altimet berkata, ia adalah tempat yang menjadi impian untuknya mengadakan konsert dan tidak sangka mendapat kerjasama yang baik daripada pihak PWTC sendiri.

“Jarang PWTC menganjurk­an konsert solo artis dan tidak sangka mereka

 ??  ?? TURUT menampilka­n 20 rakan artis yang pernah bekerjasam­a dengan Altimet.
TURUT menampilka­n 20 rakan artis yang pernah bekerjasam­a dengan Altimet.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia