RAUT CERIA SAMBUT KUNJUNGAN
Riz bersyukur sambutan mesra penghuni rumah kebajikan terima kehadiran sukarelawan
ataupun acara.
“Sebelum ini kami pernah buat kerja amal, tapi tidak sebesar kali ini. Kami lebih terarah mencari rumah anak yatim piatu, orang cacat dan sebagainya,” katanya.
Riz beruntung kerana Ketua Pengawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Keyoon Song dan isterinya, Datin Joey amat ‘sporting’ dan menggalakkan usaha itu dibuat berterusan.
“Tuhan mempertemukan saya dengan mereka.
Saya memang mencari syarikat pengiklanan untuk bekerjasama.
“Kebetulan pejabat isteri bersebelahan pejabat Myviuu dan saya diperkenalkan dengan pemilik syarikat oleh pengawal peribadinya.
“Daripada situ kami berbincang. Dia tertarik dengan pelan pemasaran yang saya bentangkan dan akhirnya terjalin kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak,” katanya.
Menurutnya, pelancaran syarikat itu dibuat secara rasmi dan besar-besaran pada Mac ini sebuah pusat beli-belah terkenal di Shah Alam.
“Aktiviti amal yang dibuat pun sebagai serampang dua mata untuk memperkenalkan syarikat ini.
“Kami akan buat aktiviti ini secara berkala. Untuk tahun ini pun ada beberapa aktiviti serupa akan dibuat.
“Saya juga akan mengajak beberapa artis lain turut serta. Buat masa ini hanya Adeline diajak dan dia setuju bersama kami dalam program ini,” katanya.