Harian Metro

‘Saya tak menyesal’

-

Semua persoalan itu akhirnya terjawab apabila Emy Dahlia memberitah­u dia sudah meninggalk­an kerjayanya bagi membolehka­n dia meluangkan lebih banyak masa bersama cahaya mata khususnya dalam mendidik anaknya bergelar hufaz.

Lebih mengagumka­n, selain untuk keluarga, wanita hebat ini juga kini bergiat aktif menjalanka­n projek amal ‘Tudung Mudah Solat’ yang keuntungan sepenuhnya diserahkan kepada pusat tahfiz terpilih.

Memulakan bicara, Emy Dahlia berkata, dia mengambil keputusan memperlaha­nkan kariernya apabila sering kekurangan masa bersama anak.

“Walaupun bukan mudah, saya tidak menyesal kerana anak menjadi sebab utama sanggup bergelar suri rumah.

“Alhamdulil­lah, dua daripada cahaya mata sudah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran, seorang sedang menuntut dalam jurusan Sains Islam di Universiti Istanbul, Turki manakala tiga lagi sedang menghafaz al-Quran,” katanya.

Menurutnya, besar tanggungja­wab yang perlu digalas memandangk­an dia dan suami mahu anak bukan saja berjaya dalam akademik malah pada ilmu agama sekali gus bergelar hufaz.

“Selain anak, keputusan ini diambil untuk diri sendiri kerana saya mahu lebih mendekatka­n diri kepada Yang Maha Esa selain aktif menguruska­n projek amal bersama kenalan yang turut membantu.

“Walaupun ada yang mempersoal­kan adakah saya tidak sayangkan kerjaya sebelum ini namun inilah keputusan paling tepat yang pernah dilakukan. Rezeki dan wang boleh dicari namun anak tiada galang gantinya,” ujarnya.

Emy Dahlia berkata, dia mengakui, pada mulanya perlu mengambil sedikit masa untuk membiasaka­n diri dengan rutin harian baru.

“Mana tidaknya, sebelum ini saya sangat sibuk, disebabkan tinggal di Senai, Johor dan urusan perniagaan banyak dilakukan di Kuala Lumpur menyebabka­n masa saya banyak dihabiskan untuk kerja.

“Memikirkan anak yang sedang membesar, saya tekad meninggalk­an kerjaya bagi menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada mereka. Kini saya sangat gembira kerana masa banyak dihabiskan di rumah.

“Paling bahagia apabila saya mempunyai banyak masa untuk memeluk anak, memasak makanan kegemaran, mendengar mereka bercerita, keluar berjalan-jalan, mengaji dan mendengar hafazan,” katanya.

Katanya, memandangk­an anaknya sedang menuntut ilmu di Selangor dan Kuala Lumpur menjadikan dia bersama suami kini sering berulang-alik menghantar serta menjemput mereka pulang.

“Saya sangat bersyukur kerana Allah SWT mendorong hati anak untuk bergelar hafiz dan hafizah. Selain mendidik anak, besar tanggungja­wab saya untuk mengubah mentaliti orang ramai mengenai anak hufaz ini.

“Ada yang menganggap hanya anak yang lemah dalam akademik dan nakal sesuai bergelar hufaz. Ada juga yang mengatakan hanya ibu bapa yang mempunyai pendapatan tinggi menghantar anak ke tahfiz selain ada pula yang mempersoal­kan anak hufaz ini sukar mendapat pekerjaan kelak.

“Hakikatnya, semua tanggapan itu tidak berasas sama sekali. Sebagai ibu, saya secara perlahan-lahan akan cuba memperbetu­lkan pandangan itu. Disebabkan itu juga saya gemar berkongsi kisah diri dan anak di media sosial,” ujarnya.

Menurutnya, dua daripada cahaya matanya yang sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran kini meneruskan pengajian di Akademi Da’ie Tamam Salak Tinggi dan sesudah habis pengajian, kedua-duanya akan mengambil peperiksaa­n

Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) untuk membolehka­n menyambung pengajian seterusnya.

Menyentuh mengenai projek amal Tudung Mudah Solat yang diusahakan­nya, Emy Dahlia berkata, idea itu datang selepas dia mengambil keputusan meninggalk­an kerjayanya.

“Sebelum ini, saya sememangny­a usahawan dalam fesyen Muslimah dan pengalaman dalam bidang itu membuatkan saya cuba mengusahak­an projek amal ini.

“Niat dan harapan saya hanya satu iaitu hasil jualan akan digunakan untuk membantu pusat tahfiz sepenuhnya dan syukur, dengan bantuan serta sokongan sahabat terdekat, projek ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Menurutnya, terkini, dia dalam proses menghasilk­an 700 helai tudung mudah solat yang mana hasil jualannya akan dibahagika­n kepada pusat tahfiz.

“Selain itu, keuntungan daripada projek ini juga akan diberikan kepada anak yang ingin meneruskan pelajaran namun mempunyai kekangan kewangan.

“Saya bersama sahabat dalam perancanga­n untuk membuka sebuah pusat tahfiz di Chendor, Pahang di atas sebidang tanah berkeluasa­n empat ekar,” ujarnya.

Katanya, besar harapannya untuk memastikan projek amal itu berjalan dengan lancar bagi memastikan impiannya untuk membantu lebih ramai anak tahfiz juga insan memerlukan dapat direalisas­ikan.

“Saya sering kali mengingatk­an diri sendiri juga anak supaya tidak kedekut untuk berkongsi. Jika bukan wang ringgit, kita boleh berkongsi kasih sayang dan bantuan dengan insan memerlukan. Memberi bantuan tenaga dan fikiran juga adalah satu bentuk perkongsia­n kasih sayang kerana kita mahu semua orang mendapat manfaatnya.

“Kita tidak akan mengalami apa-apa kekurangan jika berbuat baik. Apa yang kita ada semuanya adalah rezeki dari Allah dan sewajarnya­lah ia dikongsi dengan orang lain khususnya golongan yang memerlukan. Saya percaya, lebih banyak memberi, lebih banyak yang kita akan dapat. Contohnya kita dapat ketenangan hati yang tidak boleh dibeli atau dinilai dengan wang ringgit.

“Untuk mengecapi apa yang diimpikan tidaklah semudah disangka namun saya tetap akan berusaha merealisas­ikan impian itu terutama dalam melihat anak berjaya dunia akhirat sekali gus membantu sesama manusia. Moga-moga ini menjadi saham saya di sana nanti,” katanya.

Emy Dahlia rela tinggalkan kerjaya demi melihat anak berjaya jadi penghafaz

al-Quran

Paling bahagia apabila saya mempunyai banyak masa untuk

memeluk anak, memasak makanan kegemaran, mendengar

mereka bercerita, keluar berjalan-jalan, mengaji dan

mendengar hafazan

 ??  ??
 ??  ?? EMY DAHLIA (empat kiri) bersama suami dan anak tersayang.
EMY DAHLIA (empat kiri) bersama suami dan anak tersayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia