Gol Cole tak cukup elak Derby tersingkir
London: Bekas pertahanan Chelsea dan England, Ashley Cole menjaringkan gol Piala FA pertamanya, namun ia belum mencukupi untuk kelab Liga Kejuaraan Derby County mara ke suku akhir selepas tewas 2-1 kepada Brighton.
Beraksi sebagai pemain
gantian, Cole tidak pernah menjaringkan gol dalam bola sepak Inggeris sejak 2012, sebaliknya berjaya menghasilkan gol pada lewat permainan selepas lawan dari Liga Perdana itu mendahului dua gol hasil jaringan Anthony Knockaert dan Jurgen Locadia.
Bek kiri veteran itu menyertai Derby yang diuruskan bekas rakan sepasukan Chelsea, Frank Lampard pada Januari selepas meninggalkan LA Galaxy tahun lalu.
“Saya tumpang gembira untuknya. Dia bekerja keras untuk kecergasannya dan kami memberikannya 45 minit,” kata Lampard.
“Ia bukan situasi yang sempurna tetapi ia bagus untuknya. Dia tampak tenang dan masih ada kelas.”
Pengurus Brighton, Chris Hughton melakukan lapan pertukaran ke atas skuadnya dengan keutamaan adalah mengelak daripada tercicir ke zon penyingkiran Liga Perdana selepas hanya menang sekali daripada 11 perlawanan.
“Anda boleh mempunyai impian,” kata Hughton yang pernah menjuarai Piala FA sebagai pemain Tottenham Hotspur.
“Realitinya ialah salah satu daripada enam pasukan teratas yang sentiasa memenangi kejuaraan ini, bagi pasukan seperti kami sasarannya ialah mara sejauh mungkin. Suku akhir cukup besar bagi kelab ini.” – Reuters fford sentiasa menafikan keinginan Glazer untuk menjual United, tetapi tawaran lumayan berkenaan mungkin sukar ditolak.
Keluarga dari Amerika Syarikat itu membeli United pada harga 790 juta pound (RM4.16 bilion) hampir 14 tahun lalu tetapi kini terpaksa menanggung jumlah hutang yang tinggi.
Namun sekiranya tawaran putera Saudi diterima, mereka masih mampu menjana keuntungan sehingga 2.2 bilion pound (RM11.59 bilion).
Hasrat Saudi membeli United kali pertama dilaporkan Oktober tahun lalu, dan nilai 3.8 bilion pound itu bergantung kepada sama ada Ole Gunnar Solskjaer mampu membawa kelab itu ke saingan Liga Juara-Juara musim depan. – Agensi