Harian Metro

Rezeki kelahiran anak: Zaquan Adha

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: “Jaringan gol yang saya hasilkan ini mungkin rezeki atas kelahiran anak saya yang baru dilahirkan semalam (kelmarin) dan saya sangat bersyukur atas kemenangan Kedah ini,” kata Zaquan Adha mengenai jaringan pertamanya yang membantu Kedah mencatat kemenangan 4-0 keatas FELDA United dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman kelmarin.

Menurutnya, dia memang berazam menjaringk­an gol apatah lagi turut mendapat suntikan semangat daripada isterinya sebelum keluar rumah.

“Memang niat saya bermain malam ni (kelmarin) kalau boleh mahu menghasilk­an gol untuk anak saya yang baru lahir dan sebelum keluar rumah isteri saya juga meminta untuk tolong jaringkan juga untuk dia (isteri).

“Jadi keringat dia (isteri) yang melahirkan anak saya, sudah saya balas dengan jaringan dan walaupun bukan jaringan yang menarik tapi jaringan itu adalah hadiah untuk isteri dan anak saya,” katanya.

Zaquan turut berbangga dengan pencapaian Kedah yang dilihat menunjukka­n peningkata­n dari segi persefaham­an dan kerjasama dalam pasukan dan itu juga mendorongn­ya beraksi lebih baik bersama Lang Merah musim ini.

“Saya anggap pencapaian kemenangan ini momentum yang baik dan kita dapat lihat keharmonia­n serta persefaham­an yang telah meningkat dalam pasukan.

“Jaringan empat gol ke atas FELDA satu permulaan baik untuk kita kerana jika kita tengok dua perlawanan sebelum ini mereka (FELDA) bermain dengan baik dan oleh itu kita fokus dari awal permainan untuk mengelak melakukan kesilapan mudah dan kita dapat hasilkan jaringan berkenaan.

“Untuk perlawanan liga ini, kita menang dengan jaringan 1-0 atau 2-0 pun dah memadai untuk kutip tiga mata, tetapi dengan 4-0 ini kita dapat kelebihan atau ‘advantage’ untuk pasukan kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia