Harian Metro

‘Saya marah kawan saya’ “K

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

ata-kata itu ditujukan kepada kawan baik saya yang memarahi pegawai Pahang (pembantu jurulatih),” jelas jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkaitan video yang berdurasi 30 saat yang memaparkan beliau mengeluark­an kata-kata kesat kepada individu lain.

Dollah berkata, beliau bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan pengendali Melaka, Zainal Abidin Hassan yang memarahi pegawai pasukannya apabila mahu mendapatka­n penjelasan daripada pembantu pengadil berkaitan insiden di tengah padang.

Katanya, kata-kata kesat itu ditujukan kepada kawan baiknya itu dan bukan kepada pengadil seperti yang diperkatak­an oleh netizen.

“Saya menyedari tular video saya mengeluark­an kata-kata kesat dan jika diteliti ia bukan ditujukan kepada pegawai perlawanan atau tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil.

“Dia (Zainal Abidin) secara tiba-tiba memarahi anak buah saya dan tindakan itu menyebabka­n saya berang dan agak kesal kerana kawan

 Dollah jelaskan berkenaan video berdurasi 30 saat yang tersebar

baik bertindak demikian,” katanya, di sini.

Melaka menentang Pahang malam kelmarin menyaksika­n kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1 apabila gol lewat perlawanan oleh Syafiq Rahim meleburkan impian skuad Tok Gajah untuk melakar kemenangan tiga perlawanan berturut-turut.

Sementara itu, Dollah boleh menarik nafas lega apabila kecelupara­nnya mengeluark­an kata-kata kesat selepas tamat perlawanan itu tidak dikenakan sebarang tindakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Namun, bekas pengendali Harimau Malaya itu tetap diberikan peringatan supaya tidak lagi mengeluark­an kenyataan sedemikan kerana boleh menjejaska­n reputasiny­a sebagai tokoh bola sepak tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, kenyataan yang dikeluarka­n Dollah itu adalah tidak disengajak­an selain tidak menyedari dirakam sebaik tamat perlawanan­itu.

“Dollah mungkin kecewa kerana keputusan tidak seperti yang diharapkan dan insiden sepakan penalti pula dihadiahka­n sebelum perlawanan berakhir.

“Kita perlu bersikap adil kepadanya (Dollah) kerana dia tidak bercakap dalam sidang media rasmi tetapi tidak bernasib baik kerana percakapan­nya dirakam pula oleh kamera,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

Sehubungan itu, Kevin juga mahu memberi peringatan kepada semua pengendali pasukan supaya menjaga tutur kata dan tingkah laku kerana tindakan mereka itu mendapat perhatian ramai seterusnya boleh memberi kesan buruk kepada bola sepak negara.

 ??  ?? PEMAIN Melaka, Safiq Rahim (kiri) menyekat kemaraan pemain Pahang, Jose Eduardo Bischofe De Almeida.
PEMAIN Melaka, Safiq Rahim (kiri) menyekat kemaraan pemain Pahang, Jose Eduardo Bischofe De Almeida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia